Saturday, May 7

Mama, Ibu, Mommy, Bonda, Amma, dan yang sewaktu dengan-nya

     Entry kali ni aku nak cerita pasal hari ibu. Aku tengok dalam facebook masing2 letak muka bonda ter-sayang masing2. Tapi aku tak der la letak muka mak aku en. Bukan itu ber-maksud aku tak sayang. 
Aku sayang ler, anak mana yang tak sayang mak. cer citer cer citer.
     Jadi korang readers aper citer? korang bagi apa dekat bonda2 korang? Kawan aku ada la arituh pergi kedai beli pembalut hadiah. Aku ni peneman la kira-nya. Mula-mula dia nak kirim je tapi tengok2 dia nak pergi beli sendiri jugak. Alasan dia, dia takot aku pilih pembalut hadiah yang comeyl2. Maksud-nya pembalut yang ada gamba cinderella, snow white, sleeping beauty, tweety dan macam2 lagi lah. Tapi memang betol pun aku kalau pilih pembalut kebanyakan-nya macam tu. Sebab kebanyakan-nya pembalut hadiah selalu orang amik yang gamba bunga, aku kureng siket dengan bunga-bunga ni. geli lah. Kawan aku panggil pembalut yang macam ni "pembalut matang"..matang la sangat. Sememang-nya aku bukan minah bunga.
     Aku bab2 hadiah ni kalau nak meng-hadiah-kan hadiah dekat orang, aku perlu kenal dulu orang tu macam mana. haa.. bukan apa, jadi kita tau la apa orang tu nak, apa orang tu suka.
    Contoh cam pasangan2 yang kat luar tu,tak pon korang sendiri , standard bagi hadiah perfume, gel rambut, satu set product dan lain2. Let say kau bagi awek tu perfume, awek tu ckp ape lak.?? kang awek tu pikir dia busuk lak. sama juga kalau si perempuan bagi dekat si lelaki. Tapi selalu lelaki ni senang. Diorang rembat je apa yang ada, asal-kan korang ingat hari jadi dia cukup. Tapi tu jenis lelaki yang not bad yang cool yang sederhana dan macam2 yang lagi lah. So, perfume out of the list la. Try bagi satu set penjagaan muka. Mau awek n balak korang 24/7 ngadap cermin je. diorang dok pikiak apa yang tak kena kat muka dorang sampai korang dok bagi satu set penjagaan. Tapi aku ni tak suka pikir cam dok jawab final exam. Aku suka simple je. At least, bawak gi kedai yang sederhana, jangan lah kedai mamak, kedai mamak aku pun tak pandang. ergh! Kalau nak cam tempat up sikit bawak jauh dari umah. Apa susah. Tapi papehal mintak kebenaran kat mak pasangan dan sewaktu dengan-nya. Seblom dorang hambat hampa sumer kuar naa!. haha..! Terus tak dapat anak dia. huhu.. Then belanja lah diorang makan. Nak lagi romantik, bawak pergi candle light dinner. Tak kesah laki or pompuan. Dua-dua pun boley buat jugak and agak sweet kalau laki tu yang bawak lah. huhu. 
    Berbalik kepada hari ibu, aku tengah tengok berita pasal pengorbanan si ibu tiri. Perrggh! kepada korang2 yang rasa korang banyak buat salah. g mintak maap cepat! hehe.  Tapi korang kena ingat jugak yang "Every day is mother's day" sebab hari-hari gelaran dia tu ibu. 

Friday, May 6

A lot of Option

Dalam dunia ni, kita ada banyak cara,jalan,highway, dan bermacam-macam lagi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mula menggunung setinggi gunung everest. Itu dah critical dah tuh.
Kalau problem korang setinggi gunung everest, rambut korang satu persatu mulai gugur, bulu-bulu korang mulai menggulung. Perrghh! gila sexy seyh! 
Tapi secara professional-nya sila-lah settle-kan masalah korang tu secepat yang mungkin. Bukan ape, tak nak korang tension macam yang aku tension sekarang ni.
Minggu depan due date assignment finance and so far 30% je yang siap. Itu pun tak ter-susun abis, still tonggang langgang lagi. Assignment business management dalam 60% and due date dia akhir bulan ni. Bukan apa group business aku bagus-bagus dan baik-baik belaka. Mereka ada sifat tanggungjawab and leadership skill yang sangat aku tabik. Dah sem 3 pun masih ber-semangat untuk assignment dan lain-lain. Tapi bagaimana pula orang yang tak buat apa-apa dari sem 1 sampai sem 3. Meter semangat dia tak naik-naik. LEMBAB! takpe orang macam tak kan lepas nya. lepas apa? Lu pikir lah sendiri!
Jadi pengajaran dia jangan pilih groupmate yang macam haram je, pilih yang macam aku ni. Aku rasa la dalam hal-hal kertas kerja ni, aku lagi prefer buat secara individu. Kira aku ni suka tengok usaha aku sendiri macam mana. Tapi bila dah di-beri group atau-pun lect. tu memang suruh buat secara ber-kumpulan kita nak buat macam mana ye tak. So aku mem-buat keputusan masuk je degree tak kisah lah kau tu kawan ke hantu ke minachi haprak ke. Asal kau rajin kerja aku pilih. Dan aku seboleh-boleh-nya nak serumah denngan orang yang aku tak kenal. Sebab susah kalau nak berubah secara seluruhnya dengan orang yang kita kenal ni.
Apa-apa pun aku nak re-rilek sebab sekarang uniten muadzam sedang blackout. errgh! panas gak aku ni kadang-kadang dengan uniten ni. Bukan apa sebab da la diorang buat electric topup pastu ley lak blackout tetiba. Dia orang ni tau tak yang aku nak buat assignment sekarang ni!! VAVI la!! bengke' je ni.
So, kepada reader's buat ape yang patut korang buat dalm dunia ni. Sekarang ni aku nak chow nak buat assignment yang melonggok bagai ni.. salam.. hope korang sehat sentiasa.

Cat's Legend

Malam yang sepi membuat-kan suasana seram sejuk jadi-nya.. burung pipit, merpati, layang-layang yang sedari tadi terbang di-angkasa kembali pulang ke sarang. Manakala burung hantu dan kelawar baru mem-buka mata dan terbang mencari rezeki. 

Suasana di dalam rumah pula senyap sepi seperti tiada orang. Aku yang sedari tadi sebok melayan anjanna anjanni, cerita hindustan yang boleh di-kategori-kan cerita sedih. praanngg! oh mak kau? ! pinggan dapur jatuh dengan tiba-tiba..  aku pun keluar per-lahan-lahan nak tengok betol ke pinggan yang jatuh. aku keluar then ter-nampak satu lembaga kecil ber-lari. muadzam ada toyol ker??? jeng. jeng.jeng. aku cepat-cepat bukak lampu.. click.! laaa kakak rupa-nya buat ter-kejut orang jer... meeoww meeooww balas kakak... ooo kucing rupa-nya..

Actually kitorang di-larang mem-bawa binatang perlihara masuk hostel.. Tapi ntah knapa kawan aku sekor sorang ni pergi beli kucing. Dia cakap murah sebab tu dia beli. Yelah kucing parsi selalu 1000+ tapi dia dapat 600 so murah dia terus beli siap sumer barang-barang dia. Syampoo, sangkar, pasir, makanan, semua lengkap dalam rumah ni. 

Cuma satu je yang belom lengkap. Iaitu nama. Mula-mula si eyka, member aku ni nak kasi bagi nama Angie. Tapi aku pikir-pikir buat pe letak nama omputih sedang-kan ia di-jaga oleh orang melayu. Aku tak nak nanti kucing ni bila besar dia mengamok dan lari dari rumah sebab konfius dengan asal usul dia. Kang dia mintak surat ber-anak dengan kad pengenalan dia sapa susah.? penjaga juga..

So, untuk tidak mengelirukan kucing tu.Mula-mula aku bagi nama Baby. Kawan aku pun suka. Sampai sekarang pun dia panggil kucing tu baby. Tapi lepas tu aku pikir-pikir buat per letak Baby..kang dia dah besar and ada baby baru kita nak panggil baby baru tu ape?..takkan babi kot..mane boley sebab dia kucing takkan nak letak nama binatang laen pulak..tak kena la.. Tak ley jadi kalau macam ni...
Aku pun pikir Ikhtiar laen..pikir punya pikir aku teringat dulu aku ada kucing..

Ada lah satu ari ni family aku pergi rumah saudara. dekat situ ada anak kucing yang putih tulus dan mulus.
Ada seekor je pun dekat situ. Jadi kesian punya pasal akak aku kata nak bawak balik.
Kitorang sumer panggil Baby tapi takde lah nama anak dia babi..
Biasa la kucing luar and baru lahir mem-buang di-merata tempat. Lagi satu bila keluar kotak macam orang asing jer. Punya la pengecut macam masuk dunia orang gergasi. Kaki ketak bagai.
Tapi bila da besar mula-la buat perangai. Orang tak bagi dia sebok nak kuar. Bila tak bagi mula menggesel-gesel. Tak payah gesel sangat lah. Ingat comey ka. Sampai musim mengawan..perrghh! tempat umum kau memancut en. Kuang ajaaaq! mak abah hang x ajaq hang ka. Haish! Anak dara memang dok rumah tau!
meeowww dia balas..citt! pastu nak tak nak..lepas kan lah satu ari..
pergghh! sembilan beberapa bulan pastu perut dah mula membesar.. mak aku marah dia..
"Anak sapa ni!!? cakap!!"
"Meeooww!" bermakna ada-lah
"Bila kau buat ni?!!"
"Meeooww!! Meeooww!!" = arituh..dia x salah..baby yang nak.
haaa..itu lah lama-lama keluar empat ekor anak...waktu tu tengah panas akademi fantasia bulan madu musim yang ada mawi tu.. kitorang pun bagi nama..mawi, marsha, felix cuma satu je yang laen blacky. Sebab sumer hitam. Adalah salah silah dia lebih kurang macam nih..

Seperti yang korang tengok di-atas..ni la anak pertama sampai ke-empat si Baby ni..
Tapi masing-masing perangai laen-laen and mem-punyai keistimewaan sendiri..

Blacky - pendiam and malas nak layan orang..maen pun bila di-ajak..
Felix - Nakal, Sombong, Bujet handsome.
Marsha - Gedik, bujet cun, suka tayang muka kat beranda.
Mawi - handsome, pendiam, matang,dengar kata.

aku x tipu weyh...memang betol..tapi masing-masing bila turun bawah..then kalau korang jerit nama jap g masing-masing ter-kedek-kedek balik rumah.. Tapi lepas Marsha ada anak mak aku buang kucing-kucing ni. Walaupun diorang pandai mem-buang dalam lobang jamban tapi mak aku cakap dah banyak so terpaksa buang.. aku pun tak tau apa nasib diorang ni..sob sob sob..

Berbalik pasal bagi nama kaat kucing kawan aku tuh.. lastly, aku panggil kakak.. Aku dengar macam sweet je..cuba bayang-kan dia da besar and kita panggil.. "akak.!! makanan da siap..cepat makan" 
tiba-tiba dia yang sedari tadi sedang enak menonton televisyen lari bagai hali-lintar dekat korang..hurmm.
sweet jer aku rase..

okay lah aku rasa dah lama aku depan lappy ni..

p/s: i need to do my assignment actually..daa..