Saturday, June 4

Cakap Tak Serupa Bikin

Yohoo! Lama-nya tak update blog kan. Kadang-kadang aku risau kalau-kalau aku buat blog tak derk saper baca. Huhu. Al-maklum-lah, aku ni kan di-kira junior. Huhu. Kalau korang rasa aku ni perlu per-baiki lagi aku punya blog, sila lah beri comment apa yang patut. Huu~

                So, aku ni bukan tak nak update tapi sebok la. Sekarang final exam ma.. Aku pasti orang lain pun macam aku jugak. Sabtu depan dah boleh balik dah. Ho0ray!! Harap-harap aku dapat lah akhir-kan trimester untuk asasi ni dengan cemerlang, gemilang dan juga terbilang.

Hidup korang macam mana pulak? Ok x? Aku harap hidup korang lagi ok lah. Sebab dapat pahala banyak woo kalau doa-kan orang lain. Hihi.

                Aku ni cakap jer tak update sebab sebok study, padahal sentuh buku pun tak. Aku pun tak tahu mana pi semangat aku kali ni. Orang lain aku tengok makin lama makin semangat study and masing-masing mengejar cita-cita dorang. Aku pulak..err… Agak susah nak jawab disitu. Hihi. Aku bukan nak cakap yang aku ni susah nak sedar diri tapi biasa-lah mo0d-mo0d remaja sekarang. Sekejap ok sekejap tak. Betol tak. So, atas meja aku sekarang ni buku Finance. Aku tengah study pasal topic Capital Budgeting. Aku tak tau lah kenapa aku rasa macam “butterflies in the stomach” pulak. <<-- Nak jugak letak tu. Tak dan je kau ni Madiey. KAlau ikut pembelajaran subjek Academic Study Skill. Salah satu sebab kita takut menghadapi exam adalah kita tak study dengan betol or dengan bahasa biasa-nya tak study. Huhu.

So, apa aku nak buat sekarang.? Mo0d nak study tak de tapi rasa cuak masih ada. Haish! Macam mana ni.

“Orang kata hidup ni cuma sekali..So! Kita Enjoy!!!” bak kata Puteri.

Macam mana aku nak enjoy. Habak mai sat kat aku.. Aku ni dah tak ley nak enjoy sangat dah. Haish.
Setengah orang kaata kalau aku pandai cari port untuk happy kan diri aku then dah okay dah. Masalah-nya hidup aku ni macam tunggang ter-balik dah. Aku sebok fikir masalah orang dari masalah aku. Hurm. Madiey! Mind your business okay. Hihi. Sebenarnya aku ni tak suka sebok pasal hal orang tau. Tapi bila korang letak situasi korang dekaat tempat aku. Gerenti korang pun fikir pasal orang laen jugak.

Contoh la, nak di-jadi-kan cerita:
                Korang study and happy dengan hidup korang. Korang jalani hidup korang macam yang selalu korang buat. Macam rutin harian korang sama jer. Then, bila masuk tempat belajar sumer-nya lain da. Kau nak buat ni tak ley. Nak buat tu tak ley. Tapi itu korang boley terima sebab mungkin korang akan carik jalan penyelesaian untuk ubah rutin harian korang. Okay. Benda tu settle. Benda yang menjadi-kan korang tension and fikir pasal kawan korang ni macam ni. Dia nak berjaya and jadi macam korang sampaikan setiap hari dia cakap dengan korang. Cerita itu dan ini. Tapi masa berjalan, dia still tak buat apa2 untuk hidup dia bertambah bagus. Korang tension tak. Ni kira macam orang cakap tak serupa bikin lah. Nak tu nak ni. Tapi macam tunggu bulan jatuh ke riba lah. Huh! Susah cakap dengan orang macam ni.

P/s: tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.

Sunday, May 29

Japanese Cuisine yang sedap.

perrghh!! PWTC stand for Putra World Trade Centre kpd sesiapa yg x tau diorang buat buat karangkraft.. best woo!!..kira time aku pergi tu ari jumaat tengahari time org balik solat jumaat lah.. karangkraft ni macam sale lah..novel..majalah..buku2 masakan..rugi lah sape yang x pergi...walaupun aku ni x minat baca buku tapi bila tengok buku bertimbun saper x suka ye x..? mula2 malas nak pergi sebab aku tau gerenti penat and ramai orang..aku x berapa minat kalau ramai2 sangat ni sebab selalu hilang.. hurmm.. tapi bila fikir2 balik baik ikut sebab duduk rumah bukan buat aper pun selain mem-besar-kan punggung jer..hurmm..so aku pun follow..
dah mandi and get ready kitorang pun kuar.. g bus stop..naik bas g kl central..then naik ktm pergi putra...and fyi, hari tu teramat-lah panas..

kitorang berdua ni nama jer duduk selangor..area kl x pas2..kalau nak di-ikut-kan orang asing yang ada dalam negara kita ni pun kitorang ley tanya jalan..macam kitorang pulak  melancong kat negara dorang.. bujet sampai kat putra muka dah berpeluh dah..abes make up cair.."it's melting!! ohh, noo!" xyah nak cair2 sangat-lah..
yang tak bley blah turun putra kitorang g carik banggunan bernama pwtc..?!@#$%^&*  what the heck!

"kau orang kl buat cara orang kl lah.."
"sapa kata aku orang kl..?? aku dok selangor lah.."

sanubari aku berkata2..citt!...jalan punya jalan kitorang amek keputusan "follow the people" okay..senang je...kitorang pun ikut je sapa2 yang ada kat situ..yang aku nampak banyak ramai student yang bertudung labuh..mesti minat buku ni..kitorang pun ikut..and taraaa! pwtc di-hadapan mata...senang jer cari PWTC ni sebenarnyer..sebelah THE MALL..ok lah pas ni kitorang ingat punya.."igt la sgt"..apa yang aku perlu-kan adalah map..pasni aku dah boleh ingat..okay..kitorang me-langkah masuk pwtc..perrgghh! banyak-nya manusia..cantik menarik tertarik kau memang de boom,..bukan apa..kat sana ramai student yang comel2..hekhekhek..sambil belek2 buku, sambil cuci mata..da lama aku rasa aku ni x cuci mata..suci je aku tengok muka2 dorang..bagus2..mana x nyer..korang bayang-kan..dia pakai baju kemeja putih lengan panjang..then lipat sket lengan dia then pakai songkok..peerrggghh! gugur jantung aku..fuhh! tapi aku rasa diorang ni baya adeq2 aku la..huhu.. pas satu2 store kitorang pergi..then akak aku meng-habis-kan duit nya sebanyak 100++ so kitorag bawak balik dalam 8 novel lah..best gak tapi memang penat...

Tapi kitorang x terus balik..perut x isi mana bley blah cam gituh jer..aku ngan akak aku decide nak singgah Midvalley lak..aku pun xderk hal..follow jer...kitorang g stesen ktm balik..beli tiket and cam biasa tggu ktm..ktm sampai kitorang pun masuk..time ni x ramai orang lagi...
aku: "jangan masuk dalam sangat nanti susah nak kuar.."
eyja: "apesal? x ramai pun aku tengok"
aku: "memang lah jap g sampai kl central kau tau lah"
ktm pun gerak..ting tong! bank negara..bank negara....lemah gila bunyi suara pomp tu ohh..aku rasa macam nak tolong cakap-kan je untuk dia..bank negara dah penuh skit..yelah time tu dah pukul 5 kan..orang balik kejer.. ting tong! awek tu bunyi lagi..kuala lumpur kuala lumpur...aduhh! lemah dah lutut aku..diri jer..lenguh dah..ni dah start ber-himpit da..ting tong! err..kl central kl central..
somebody.. "bagi orang kuar dulu!!" "jangan lah tolak!!" "bagi orang keluar dulu laarrhh weeii!!" suara cam pak misai jer awek ni..debuk2!! "masuk dalam lagi!!!" pak polisi dah sampai..cuak kau..baru nak masuk..lempang sekor2 kang..perempuan2..haish..cool la skit..aku ngan akak aku senyum jer..hurmm..

Sampai je midvalley aku ngan akak aku redah macam maen rugby.." ehh! beg aku ter-sangkut!!" sekali beg aku ter-sangkut daaa..di-antara 2 awek yang agak besar badan-nya..hahaha..maaf yer kalau orang tu hang..peerrgghh! adalah senafas dua aku dapat tahan..ye lah..dorang kan baru balik kejer..bau acam..nama jer perempuan..perempuan ni kalau berpeluh lagi ber-bau dr lelaki..xyah nak argue lah benda ni memang betol pun..sebab tu kalau perempuan peluh sikit nak mandi..takut balak lari..keh keh keh..xyah tipu ler korang..
sampai jer mid kitorang g tandas..x tahan nak !@#$%.. arrhh lega... pengoto' btoi naa.. normal lah..

kitorang sambung per-jalan-an g food junction kat atas tu.. makan Japanese Cuisine...sedap woo.. akak aku makan mee..aku makan set unagi.... 2 orang makan RM45.. akak aku pandang je aku...hehehe..sebab aku nye yang mahal..kuikuikui...cilake! xper adeq punyer pasal..hahaha...
yang atas ni akak aku punyer..

yang ni aku punyer...punye lah layan...
ni la akak aku..huhu

toink toink toink..


then kitorang jalan2 x sampai seminit pun..kitorang naek kat wonderpet pet store..yang banyak2 binatang tu..hehe..aku ingat nak beli kura2..tapi nanti kang kucing aku kerja-kan dia lak..hurmm..so, x jadi beli.. glider sangat comel..rasa nak picit2 dia sampai mata dia terkeluar..grr.. akak aku lak leka maen kucing yang di-import dr Aus.. aku rasa btol kot..sebab ader note dia kat situ..x ley blah nama kucing yang akak aku maen tu Bengok x silap aku..aku bantai panggil bengok bengok bengong kat situ...ada ke nama bengok..isk2..bengong btol tuan dia..harga dia lak RM2856 x silap aku..gelupp! aku rasa aku sanggup tunggu kucing aku ni buat anak walaupun hakikat-nya kucing aku dah di-mandul-kan..kesian dia...sob2..tapi late-ly ni dia hyper sket lah..maybe sebab telor dia dah ringan kot..bhahaha..mana x nya kempis jer telor dia..kalau dulu bukan maen besar lagi..haha...

then kitorang ingat nak tengok wayang..ter-serempak ngan adeq aku lak ngan member dia..sempat lagi dia ketuk akak aku RM5..xguner..! niat di-hati nak tengok wayang..tapi laen tempat yang kitorang pergi..kitorang pergi McD.. aku tau aper korang fikir.. kitorang banyak makan kan..haha..memang pun..kitorang bantai french fries jer pun...tpi time kitorang nak blah tu pakwe punya-lah comel..arabians, memang ler.. mata biru..perrgghh!.. relax madiey..relax...

kitorang chow beli hadiah birthday untuk akak ecah aku..akak aku beli-kan kimchi doll yang joy punya then aku beli yang patung goyang2 letak atas meja kerja dia..sebab-kan dia accountant..aku nyer patung tu ader tulis accountant jugak..then kelik trus..

Sunday, May 22

Madiey, Madley, Mar, MJ, Diyah etc

huahuahua! Aku sangat happy bila ada benda nak merapu meraban dalam blog ni. Kembali merapu bersama Madiey!! Hari ni aku nak cakap pasal diri aku sendiri. Nama aku, no phone, num IC, aku duduk kat mana, etc and etc. 
          Okay. Nama penuh aku Siti Mardhiah. Celah mana datang Madiey tu??? Actually waktu sekolah rendah ada la 2 3 orang panggil aku dengan nama tu. Tapi aku tak suka. Biasa-lah time tu  aku ni baik sangat. Aku suruh orang panggil aku Mardhiah jugak. Kalau time aku sekolah cina lagi lah, sorang pun tak tahu sebut nama aku, semua pakat panggil Siti je. Senang Ringkas dan Padat. Aku bukan apa, kan ustaz2 banyak cakap panggil nama penuh kan elok untuk peribadi orang tu. Plus, kalau tukar bahasa inggeris muddy yang bermaksud berlumpur. WTHECK! Then lama dah orang tak panggil aku Madiey. Naik sekolah menengah, ada orang tak tau sebut nama aku ni. Dia sebut Madinah. Susah sangat ke nak sebut. Tak de lah sangat aku rasa. Biasa je. Nama Madiey ni melekat dengan aku naik form 2. Orang pertama panggil aku Madiey time sekolah menengah ni Zaki Mokhtar. huhu. Sampai la sekarang melekat nama tu. Dah tak kesah da muddy(berlumpur) ke mud(lumpur) / mad(mati) ke. haha! Ada jugak yang cakap kau tiru nama dari cerita dunia baru tu eh.? peniru! chey! cakap la apa kau nak cakap. Aku kesah apa. Tapi ada gak yang still panggil aku Siti, Mar, Madley, Diyah, MJ and etc.
           So, pasal nama da abis. Then, aku ni di-lahir-kan di "atas katil milik Hospital Rawatan Islam Kuala Lumpur". Perlu ke "atas katil" tu. Aku rasa perlu. Nombor katil, nombor bilik sekali kalau boleh. Sebab bila kita dah besar nanti boleh lah kita datang melawat. huhu. Nanti mesti ada yang cakap, waaa! ni la katil yang aku guna waktu baby dulu. haa.. best kan. Ada sorang kawan aku ni, tempat lahir dalam surat beranak dia tulis "dalam kereta...hospital.." perghh! tak ke gempak tu. Nampak sikit yang kita ni lain dari yang lain. hahaha! Tak perlu nak lain sangat la Madiey. Then aku di-lahir-kan pada tarikh 27 hb 9 thn 1992 pada pukul 4.45 pm. :D
           Apa lagi yang selalu dalam biodata. hurmm. haa. Aku kini menetap di Puchong,Kinrara. Agak-agak korang kenal aku tak? huhu. Kecoh la kau ni Madiey. Sekarang tahun 2011, aku berumur 19 thun. Cakap pasal tahun aku cuak kalau num "1" tu bertukar jadi "2". Aku pun tak tahu kenapa. hurm. Aku rasa aku takut mungkin sebab aku tak nak tua kot. haha! haaa. kalau korang nak tau aku ni perempuan. :D mana la tau korang konfius pasal jantina aku ker.
           Teringin pulak nak cakap pasal warna kulit. Warna kulit aku warna ermm..urmm..camner aku nak cakap ni.. muka aku paling gelap dr anggota badan aku yang lain. Tangan aku pulak kedua gelap. Kawan aku kata aku putih. Tapi aku nak kuning langsat. Aku rasa aku kuning langsat kot. "endah-kan apa orang lain cakap, percaya pada diri sendiri" hehe.
          Pastu kalau dalam biodata mesti ada quote ataupun ucapan kat bawah sekali. Favourite quote aku, Every Story Have An Ending.But In Life,All Ending Is Just A New Beginning. Tak pun yang ni Semalam Adalah Sejarah Yang Tidak Boleh Dipinda, Esok Adalah Khayalan Yang Belum Nyata, Hari Ini Adalah Kenyataan Dan Penentu Siapa Kita.

Lastly, aku selit kan gambar time aku kecik-kecik. heee.. rindu zaman kanak-kanak la kata-kan.

p/s: nice day. :)