Monday, June 6

Tentang Cik Epal

Perghh! post terbaru dia..dia dapar RM3000++ dr nuffnang.. JELOUS nyaa!!!! 
nak jugak..nak jugak..nak jugak...

tekan sini...Nuffnang. hehe.

Aku memang suka macam tu... 

Ni jeker yang kau nak cakap dalam entry ni???
Yer kot..
Aku rasa ni lah entry kau yang paling pendek..
haha.

no lah..actually nak bitau something.. arini first paper final exam which is academic study skills.. waarghh..!
Alhamdulillah berjalan dengan lancar.. huhu..
And tadi turun tengok carry mark untuk macroeconomics..agak sedih lah..
dapat 48 dri 60.. pergh! 12markah ntah kemana.. yang aku perasan assignment dapat sikit..hurmm :'(
tak per lah..bersyukur madiey bersyukur!! ergh.. 
 
okay lah...
korang doakan aku untuk paper esok... Finance.. hee...nak pergi study now.. daa..

Saturday, June 4

Malam Minggu

Assalamualaikum semua.! 
kalau korang tau minggu lepas aku ada balik kl sebab ada dinner dengan family aku. 
So, ni nak cerita la ni. hehe. Kitorang makan dekat Flaming sebelah sunway pyramid. korang g lah makan kat sana. murah pun murah, sedap pun sedap, happening pun happening. Satu kepala dalam Rm28 tak silap. Best giler. Semua makanan dia fresh2 gitu. huhu. Kebanyakkan nya seafood lah. sebab aku memang suka seafood pun. most family aku memang prefer seafood lah aku rasa. huhu. Dan semestinya aku akan selit kan beberapa gambar.

Aku ni bukan kesah sangat nak pakai baju apa g sana sini. Tapi teringin nak melawa aku pun pakai standard aku keluar dengan member2 aku. 
Okay, itu aku. Aku tau aku dah mula tembam dan buncit. hihi. 
Bila kitorang sampai jer, cam biasa carik meja and so on. Kitorang dah book awal2, so tak derk lah lambat sangat layanan diorang. huhu. Sampai2 kitorang terus beratur amek makanan. Aku terus capai pinggan letak ketam satu pinggan, udang satu pinggan then terus aku campak dalam periuk. huhu. Sangat sedap dan sangat panas. Sorry lah aku tak tangkap gambar makanan yang ada sebab mana lah aku ada tangan lebih untuk snap picture sedangkan kedua2 tangan aku penuh dengan makanan. (kantoi sudaa). Makan punya makan, dah kenyang baru teringat nak snap picture. so, ini lah gambar kitorang selepas makan. 
itu dia, jangan tengok family..tengok meja..haha..

kitorang pergi 2 kali.. tempat kiotrang makan semama jugak.. nak mintak kat dalam. tapi ayah aku dah book kat luar pulak.. huhu..

ibu dan abah..
Lepas tu kitorang tak de lah terus balik. tak kan la kan. mesti lah melepak-lepak kejap. betol tak. huhu. 
kitorang pun setuju nak g main archery kat sunway. orang lain keluar nak balik kitorang baru nak masuk and enjoy. best giler kot. yang tak bley blah mamat2 yang jaga kaunter and what so ever dekat archery tu handsome and cute2 belaka. waarggh! rambang mata. tapi tak pe cool lah. tak kan nak tunjuk batak plak en.. haha. so, ni some gambar yang di-snap. 
perghh! haha.. aku main ni, esok tu tangan lenguh bagai.
at least aku kena 4 kuning. huhu..

ni kak long aku..cam hebat jer..padahal kene dinding belambak..


peace yaw!

huhu..aku, abang aku and adeq aku(pakai baju uniten) err


ni lah akak aku yang belanja makan tadi.. huhu..thankx sis,.  

mak aku boley tahan hebat jugak..
 gambar ni ditangkap oleh akak aku num 4. dia tak maen. huhu. rugi. tapi tak per kalau dia maen sapa nak tangkap gambar. and ade some video aku masuk kan. haha. and aku tak tau kenapa suara aku annoying dalam video ni. errgh! macam gedik giler..


Aku tak tau lah mana video yang aku menjerit sebab dapat tengah.huahuahua. 
 p/s: miss dis moment.


Cakap Tak Serupa Bikin

Yohoo! Lama-nya tak update blog kan. Kadang-kadang aku risau kalau-kalau aku buat blog tak derk saper baca. Huhu. Al-maklum-lah, aku ni kan di-kira junior. Huhu. Kalau korang rasa aku ni perlu per-baiki lagi aku punya blog, sila lah beri comment apa yang patut. Huu~

                So, aku ni bukan tak nak update tapi sebok la. Sekarang final exam ma.. Aku pasti orang lain pun macam aku jugak. Sabtu depan dah boleh balik dah. Ho0ray!! Harap-harap aku dapat lah akhir-kan trimester untuk asasi ni dengan cemerlang, gemilang dan juga terbilang.

Hidup korang macam mana pulak? Ok x? Aku harap hidup korang lagi ok lah. Sebab dapat pahala banyak woo kalau doa-kan orang lain. Hihi.

                Aku ni cakap jer tak update sebab sebok study, padahal sentuh buku pun tak. Aku pun tak tahu mana pi semangat aku kali ni. Orang lain aku tengok makin lama makin semangat study and masing-masing mengejar cita-cita dorang. Aku pulak..err… Agak susah nak jawab disitu. Hihi. Aku bukan nak cakap yang aku ni susah nak sedar diri tapi biasa-lah mo0d-mo0d remaja sekarang. Sekejap ok sekejap tak. Betol tak. So, atas meja aku sekarang ni buku Finance. Aku tengah study pasal topic Capital Budgeting. Aku tak tau lah kenapa aku rasa macam “butterflies in the stomach” pulak. <<-- Nak jugak letak tu. Tak dan je kau ni Madiey. KAlau ikut pembelajaran subjek Academic Study Skill. Salah satu sebab kita takut menghadapi exam adalah kita tak study dengan betol or dengan bahasa biasa-nya tak study. Huhu.

So, apa aku nak buat sekarang.? Mo0d nak study tak de tapi rasa cuak masih ada. Haish! Macam mana ni.

“Orang kata hidup ni cuma sekali..So! Kita Enjoy!!!” bak kata Puteri.

Macam mana aku nak enjoy. Habak mai sat kat aku.. Aku ni dah tak ley nak enjoy sangat dah. Haish.
Setengah orang kaata kalau aku pandai cari port untuk happy kan diri aku then dah okay dah. Masalah-nya hidup aku ni macam tunggang ter-balik dah. Aku sebok fikir masalah orang dari masalah aku. Hurm. Madiey! Mind your business okay. Hihi. Sebenarnya aku ni tak suka sebok pasal hal orang tau. Tapi bila korang letak situasi korang dekaat tempat aku. Gerenti korang pun fikir pasal orang laen jugak.

Contoh la, nak di-jadi-kan cerita:
                Korang study and happy dengan hidup korang. Korang jalani hidup korang macam yang selalu korang buat. Macam rutin harian korang sama jer. Then, bila masuk tempat belajar sumer-nya lain da. Kau nak buat ni tak ley. Nak buat tu tak ley. Tapi itu korang boley terima sebab mungkin korang akan carik jalan penyelesaian untuk ubah rutin harian korang. Okay. Benda tu settle. Benda yang menjadi-kan korang tension and fikir pasal kawan korang ni macam ni. Dia nak berjaya and jadi macam korang sampaikan setiap hari dia cakap dengan korang. Cerita itu dan ini. Tapi masa berjalan, dia still tak buat apa2 untuk hidup dia bertambah bagus. Korang tension tak. Ni kira macam orang cakap tak serupa bikin lah. Nak tu nak ni. Tapi macam tunggu bulan jatuh ke riba lah. Huh! Susah cakap dengan orang macam ni.

P/s: tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.