Saturday, June 4

Malam Minggu

Assalamualaikum semua.! 
kalau korang tau minggu lepas aku ada balik kl sebab ada dinner dengan family aku. 
So, ni nak cerita la ni. hehe. Kitorang makan dekat Flaming sebelah sunway pyramid. korang g lah makan kat sana. murah pun murah, sedap pun sedap, happening pun happening. Satu kepala dalam Rm28 tak silap. Best giler. Semua makanan dia fresh2 gitu. huhu. Kebanyakkan nya seafood lah. sebab aku memang suka seafood pun. most family aku memang prefer seafood lah aku rasa. huhu. Dan semestinya aku akan selit kan beberapa gambar.

Aku ni bukan kesah sangat nak pakai baju apa g sana sini. Tapi teringin nak melawa aku pun pakai standard aku keluar dengan member2 aku. 
Okay, itu aku. Aku tau aku dah mula tembam dan buncit. hihi. 
Bila kitorang sampai jer, cam biasa carik meja and so on. Kitorang dah book awal2, so tak derk lah lambat sangat layanan diorang. huhu. Sampai2 kitorang terus beratur amek makanan. Aku terus capai pinggan letak ketam satu pinggan, udang satu pinggan then terus aku campak dalam periuk. huhu. Sangat sedap dan sangat panas. Sorry lah aku tak tangkap gambar makanan yang ada sebab mana lah aku ada tangan lebih untuk snap picture sedangkan kedua2 tangan aku penuh dengan makanan. (kantoi sudaa). Makan punya makan, dah kenyang baru teringat nak snap picture. so, ini lah gambar kitorang selepas makan. 
itu dia, jangan tengok family..tengok meja..haha..

kitorang pergi 2 kali.. tempat kiotrang makan semama jugak.. nak mintak kat dalam. tapi ayah aku dah book kat luar pulak.. huhu..

ibu dan abah..
Lepas tu kitorang tak de lah terus balik. tak kan la kan. mesti lah melepak-lepak kejap. betol tak. huhu. 
kitorang pun setuju nak g main archery kat sunway. orang lain keluar nak balik kitorang baru nak masuk and enjoy. best giler kot. yang tak bley blah mamat2 yang jaga kaunter and what so ever dekat archery tu handsome and cute2 belaka. waarggh! rambang mata. tapi tak pe cool lah. tak kan nak tunjuk batak plak en.. haha. so, ni some gambar yang di-snap. 
perghh! haha.. aku main ni, esok tu tangan lenguh bagai.
at least aku kena 4 kuning. huhu..

ni kak long aku..cam hebat jer..padahal kene dinding belambak..


peace yaw!

huhu..aku, abang aku and adeq aku(pakai baju uniten) err


ni lah akak aku yang belanja makan tadi.. huhu..thankx sis,.  

mak aku boley tahan hebat jugak..
 gambar ni ditangkap oleh akak aku num 4. dia tak maen. huhu. rugi. tapi tak per kalau dia maen sapa nak tangkap gambar. and ade some video aku masuk kan. haha. and aku tak tau kenapa suara aku annoying dalam video ni. errgh! macam gedik giler..


Aku tak tau lah mana video yang aku menjerit sebab dapat tengah.huahuahua. 
 p/s: miss dis moment.


No comments:

Post a Comment