Friday, July 8

Kepala Aku Pening Gara2 Baca Blog Orang

Kepala kau pening wey? btol ke?

Betol weyh. Cuba pegang.. denyut2 weyh..

              Aku baru jer lepas membaca ntah berapa blog ntah tadi. Lagi banyak aku baca lagi pening sebab dalam blog dia bersepah bagai. Tak reti sapu blog ke. Aduhh! haha. Bukan korang ehh. Blog yang aku cakap ni aku tak follow pun. hehe. Kadang-kadang aku follow blog yang input elok walaupun bersepah dan takder input tapi blog teratur dan tersusun tapi macam mana kalau takder input then blog bersepah. Sumpah tanak jejak blog dia. Penuh entry dia dengan sarang labah-labah. Okay itu aku yang menambah.
              Aku bukan nak cakap apa lah. Blog aku pun bukan ada isi and lawa sangat tapi jaga lah blog tu macam jaga rumah korang. Ini aku tak baca lagi aku dah rimas. Lepas tu ada satu blog ni, aku tak tau mana satu entry dia mana satu comment dia. Mak aih bersepah! Berselerak! At least kalau tersusun alhamdulillah tak datang penyakit kat orang yang membaca, tak membuatkan orang rimas dengan blog kita, tak membuatkan orang unfollow kita. Bagi aku dalam blog ni, bukan kisah berapa ribu orang follow tapi yang penting baper orang baca entry kita. Dekat situ menunjukkan entry kita ni best ke tak. Setakat orang follow tu kadang-kadang orang main follow and tak baca pun entry diorang just nak orang tu follow dia balik. Apa daa.
              Bagi aku baca entry orang lain sangat penting, some people suka membaca jadi berjuta entry dia baca pun dia tak kesah walaupun 3 orang follow dia. some people suka menulis, dia buat entry berjuta and mengharap ada orang baca. Secara jujurnya aku suka both tapi yang penting kerjasama ada mood untuk membaca and menulis lah.
               So, hope korang melawa, menyapu, menge-mop entry korang supaya sedap mata  memandang untuk teruskan pembacaan aku. Ini tak dah sampai klimaks aku malas nak baca terus aku tutup blog tu. Sorry to say kalau orang itu adalah kamu (yang terasa la)

Monday, July 4

Home Made Jelly and Pudding

Duduk rumah tak buat apa2 dan agak membosankan. hehe. Jadi aku pun buat lah puding.
Sumer dah bising bila aku nak buat puding. cakap jer tapi tak buat2. bhahahaha. biase lah tu. haha
so, ni lah dia puding and jelly tu.



hahaha..aku takder benda nak cakap. hihi..
daaa!

Bowling Day

             Haloo! Hari tu akak aku cuti then ingat nak pergi tgk 3 2 1 cinta tapi pergi IOI takde lak. haha. nasib. Last2 aku decide pergi main bowling je. haha. Nak gak usha family aku main bowling camner. And lepas hari tu aku decide nak main bowling tanpa diorang. bhahahahaha. tak de arr. diorang main kelakar doh.
             Semestinya ada gambar aku masukkan, selalu nya aku main tak tangkap gambar pun tapi akak aku ni excited lebih sangat sampai video pun dia amek gak. Ada satu part tu da lah tengah amek video pastu boleh plak bola ke-belakang. Aduih! Aku tutup muka je. haha.
             So, ni lah gambar yang di tangkap.
 ni game pertama.
yang kedua punyer terlupa nak tangkap..hehe..
 yang ni game ke tiga punyer.
Aku bukan tau maen sangat pun tapi takder lah asyik masuk longkang kan. haha.
okay ni gara-gara terlepas target. haha.

okay ni sebab tggu bola adek aku lambat sangat. Adeq aku tu kecik je lagi. so, takder bola yang sesuai. 
semua bola yang dia guna dia tolak jer.. huh.. aku pun penat menunggu bola tu langgar pin.
Standard lah kalau lepas buat something mesti pergi tandas. haha. tapi perlu ke tangkap gambar dalam tandas. tak lah. "cermin tu jer menarik perhatian aku."

Lepas tu ape lagi, makan time!!! 
Aku n akak aku makan sizzling yee mee, mak aku n adek aku makan nasi ayam.



 then jalan2.
siap satu entry. kan senang....huhu

Cheese Cake

Entry yang kurang input-nya
hari tu beday akak aku so, aku menikmati cheese cake yang sedap.
HAPPY BIRTHDAY TO MY SISTER KHADHIJAH.


p/s: hope korang dpt makan makanan yang sedap jugak.

Home Made Curry Puff

Duduk rumah tak buat pape. Tetiber nampak mak aku ngah uli tepung untuk buat curry puff. Terasa nak join pulak sebab aku dari dulu tak reti2 kelim curry puff tu. alaa yang ketip2 tepi curry puff tu. hehe. So ini lah gambar2 yang sempat di tangkap oleh aku. hehe.
             Jom aku ajar korang yang tak tau mengelim. hehe. 
first korang picit and tarik sikit tepung tu. then hujung tempat korang picit tu korang picit and tarik lagi sikit. dan seterusnya.
teruskan usaha.. hehe..
 dah nak abis da kan.
tadaaa! kalau lagi besar lagi bagus. lagi puas makan kerak2 dia tu. huhu.

Then kalau nak buat currt puff yang ade bulat2 dekat badan dia tu. macam ni.
rata-kan tepung guna rolling pin. kalau rolling pin tak de pakai je lah pensel kalau susah sgt janji boleh  makan. hahaha.
sapukan margerin atau pun planta ke atas tepung.
gulung kan tepung tadi.
dan potongkan dia kecik2.
then ratakan dia pki rolling pin tadi. so, ade bentuk bulat dekat tepung tu. 
then buat lah curry puff tu macam biasa.
pastu boleh goreng then siap untuk makan.
sedap  woooo!

Friday, July 1

Blog "akusipenggilahighheels" telah di-lancarkan. jom follow!

Blog ni telah dilancarkan oleh aku sendiri. Hanya untuk mendalami kasut-kasut tinggi yang wujud di duina ini. hehe..
              Harap maklum, kalau rasa minat boleh lah follow and be my friends jugak..:D love u guys.

Thanks for supporting..