Thursday, June 30

Bugatti Veyron

Aku ingat lagi pasal kereta ni. Waktu sekolah menengah time form 2 or 3 tak silap, kitorang kena buat oral presentation untuk BI. Then, aku nyer presentation pasal bugatti veyron ni lah. Hebat! Power!
               Kereta Bugatti Veyron ni sport version dan semestinya seperti yang kita tau kereta paling laju di-dalam dunia. pergh! Boleh bawak gi Muadzam ni. Haha! "alamat hancur lah kereta tu, dengan jalan lubang-lubang" takper aku setia dengan bas MARA Liner aku. haha. Oh! plus, dengan top speed dia 431.07 km/h (267.85 mph). Tak ke gila. Gi umah nenek aku tak sampai 10 saat. gila. Bayang-kan gi rumah jiran sebelah baper lama?? tak ke gila. 0.00001 saat tu. (tak derk fakta yang mengata-kan itu, aku yang menambah. jalan kaki suda) 
               Ia di-reka dan di-usaha-kan oleh German Volkswagen Group dan di-keluar-kan oleh Bugatti Automobile SAS di headquarters di Château St. Jean. Sapa nak order boleh lah. Tak pernah lagi aku tengok orang Malaysia pakai. hehe. Aku harap aku orang pertama. (Jangan perasan lah weyh, gaji 5 angka belom tentu mampu.) 
               Hebat sangat ker Bugatti ni??? Lawa ker?? jom usha..








Apa lagi weyh. beli jangan tak beli..

Jom dapatkan 2 tiket percuma dari IBM developerWorks Malaysia!



How To Win:

Step 1 – Click ‘Like’ on this page.
Step 2 – Register for a free NEW account (on top right corner) at www.ibm.com/developerworks/.
Step 3 – Fill up the registration form and answer THREE simple questions here.

Contest Rules & Regulations:

1) This contest is open to all residents of Malaysia.
2) Only entries who have met Step 1 - 3 and with all correct answers will be considered.
3) Only NEW Registrations/developwerWorks profiles created during the contest period are eligible for this contest.
4) Submissions that do not adhere to the criteria or requirements set and/or submission deadline will automatically be disqualified.
5) Contestants with multiple submissions will automatically be disqualified.
6) Each winner is entitled to only one prize(2 tickets) and will be notified by email. List of winners will also be posted on this Facebook wall.
7) Prizes are not exchangeable for cash and the organizer reserves the right to exchange any prize with that or similar value without prior notice.
8) Prize(s) damaged in transit is/are not replaceable.
9) Prize(s) not collected within the redemption period will be forfeited.
10) Prize(s) can only be collected after the contest period.
11) The following groups of persons shall not be eligible to participate in this contest:
         • employees of IBM
         • representatives, employees, servants and/or agents of advertising and/or promotion service
          providers of IBM.
12) IBM reserved the right to shorten or extend the duration of the contest period at any time prior to the expiry of the contest period without prior notice. IBM reserves the right to vary, delete or change any of the terms and conditions herein at any time at its absolute discretion without prior notice.
13) IBM's decision is final and no correspondence will be entertained.
p/s: Jom lah, abang aku dah dapat then serta merta aku, akak aku, mak aku, bapak aku isi and jawab. aku bagi jawapan kat korang.. 
1)C
2)B
3)A
Yang best nya.. korang boley guna tiket ni nak tengok citer ape sekali pun. huhu.

Bila boleh beli ABBEY DAWN ni..

Apa benda Abbey Dawn ni?? Brand Abbey Dawn ni adalah design collection daripada Avril. Baju dia tak yah cakap lah. Best woo! Aku hope sangat dapat beli brand ni tak lama lagi. hehe. "kerja tidak ade hati nak beli" kahkahkah. Takper. Angan-angan itu penting. huhu.
          Kalau korang berminat korang beli lah sama. Then dress up macam Avril jugak. hehe. Aku tau korang tak minat. Yang penting sekarang aku yang minat. Plus, harga dia macam kita kena sedia-kan awal-awal lah alamat-nya.
          Buat masa sekarang Abbey Dawn tak der lagi aku dengar dekat Malaysia lah. sobsob. So, kena order dari U.S lah. So, cam biasa kalau dari U.S ni susah untuk dapat baju yang agak menutup. Jadi aku ingat kalau first aku nak beli brand ni aku nak beli dia punya sweater dulu. hehe. Walaupun Malaysia ni tak lah sejuk mana "sejuk pejadahnya" tapi mesti ada guna-nya ye tak? Tapi benda yang aku nak beli sebenarnya jaket kulit Abbey Dawn (yang kat sebelah ni). Lawa-kan luar hitam dalam pink. huuuu. nak nak nak nak! Sabar itu separuh dari iman. hehe. Tak tau lah korang minat ke tak. Tapi aku minat sangat woo. Kalau boleh aku pun nak wat collection sendiri gak lah (hanya sekadar menulis).
           Kalau lah aku kurus macam Avril. Oh! Avril. hehe. Aku nak beli seluar dia gak. Seluar ni more kepada skaters kan. Kasut skaters kalau aku ada duit lebih beli kat Vans pun boley. hehe.
           Tapi aku tak puas hati sebab Abbey Dawn takderk kat Malaysia. Korang tolong like page ni..
--->>>We want Abbey Dawn in Malaysia!!!!

p/s: okay thanx for your time. :D

Saturday, June 25

Michael Jackson: This is It

This is it?? 25 June adalah tarikh pemergian Michael Jackson. Sob sob sob. Rancangan "Michael Jackson: This is it" dekat 8tv telah disiarkan pada hari ini untuk memperingati bakat2 beliau. waah! Annie are u okay..r u okay annie...lalala.

             Dia telah dilahirkan pada 29 August 1958 di Gary, Indiana. Dekat dengan tarikh kemerdekaan kita je kan. huhu. Dia anak ke-7 daripada 9 orang adik beradik. Aku pulak anak ke-6 dr 9 (ada orang tanya kau ke?). Adik beradik lelaki dia bernama Jackie, Tito, Steven, Marlon dengan Jermaine tak silap aku. Hehe. Adik beradik perempuan dia pulak Janet, Rebbie yang lagi satu ni aku igt2 lupa lah tak silap aku toya kot. 
             



              Seperti yang korang maklum dia ni mula menyanyi waktu umur 5 tahun jadi lead singer group Jackson five yang ditubuhkan pada tahun 1964. 4 singles pertama diorang; "ABC", "I WANT YOU BACK", "I'LL BE THERE", dengan "THE LOVE YOU SAVE" no.1 hits di U.S. pergh! Kalau korang dengar gerenti korang terbayang2 zaman kecik2 dulu. huhu. rindu! Then aku tak tau apa jadi tapi yang aku tau abang dia ada yang kahwin and so on. 



             Pada tahun 1982, Michael Jackson mengeluarkan the largest selling album in the world of all the time..persembahkan...'Thriller'!!!!! Best! Superb! Aku ingat time kecik-kecik tengok punyalah kecut perut tengok zombie dia kuar dari tanah perkuburan and so on. Giler menakutkan! Tapi sekarang tak rasa dah sebab teknologi dah canggih. Sekarang tengok transformers aku nganga. haha. Michael Jackson bekerja director and producer terbaik untuk keluarkan album ni. 



Seterusnya, pelbagai album yang dikeluarkan. Plus, dia meninggalkan aku kita pada 25 June 2009, 50 tahun. hurm. Goodbye MJ. Will miss u! LOVE U!! LOVE U!! So, mari-lah kita luangkan beberapa saat untuk sedekah-kan al-Fatiha kepadanya.

p/s: isn't he cute..awww..

Wednesday, June 22

Apa kena dengan MAD HOP??

Haloo3! Kembali menaip.. Okay, kalau korang baca entry2 aku sebelum ni aku ada cakap pasal yang aku suka kasut kan. Tapi entry tu aku cakap aku suka high heels. Tapi aku ni pun manusia biasa jugak la. Aku pun minat sneakers jugak. Ala2 macam gaya Avril Lavigne tu. huhu.
             Tapi aku tak nak cakap pasal kasut sneakers aku nak cakap pasal kasut MAD HOP. taraaa!
Dah sampai Malaysia dah MAD HOP ni. Ni yang bertambah bangga aku menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Walaupun Malaysia ni lambat sikit update pasal benda2 ni semua. "takderk bajet la wey". Tapi aku je lah yang panggil kasut. Padahal dia lebih kepada alat permainan sebenarnya. hehe.
             Dengar citer alat ni boley membakar lemak juga. Itu yang aku suka dengar tu. haha. Al-maklum-lah berat aku dah naik 2kg beb. pergh! Tapi bila tengok diorang buat trial haritu. Cam menakut-kan jer. Yelarh benda ni boley buat kita melompat setinggi 5 kaki. Tinggi aku ni pun lebih kurang 5 kaki. pergh! Cuba korang bayang-kan korang syok2 melompat tiba2 melayang tempat lain. Mau patah tulang2 aku kalau salah landing nih.
             Tapi apa2 pun kita kena lah support industry kita btol x? so, mana yang berminat pergi-lah order or aku rasa dah banyak kedai jual ni. Mau untung maa. huhu. Ok itu saja dari aku.

p/s: Good nite and have a sweet dream. (sorry lah tak letak gambar. Aku tak tau kenapa lembab sangat internet nih. Korang usha kat google sendiri lah erk..salam)

Apa Kelebihan YOUTUBE???

haa! cam biasa setiap benda di-sekeliling kita mesti ada baik buruk dia. Macam diri kia jugak. Btol x? Kita pun ada baik buruk dia jugak. Apa yang baik-nya korang ni? Apa yang buruk-nya korang ni? Hanya Allah je yang tau.
             Sama lah macam teknologi sekarang ni. Contoh yang aku selalu amal-kan which is, menonton youtube. Of course outube ni ada kelebihan dia.
             Bagi aku dengan mengguna-kan youtube ni, kita dapat lihat bakat yang terpendam oleh orang ramai. Contoh-lah, most orang cakap Malaysia ni gila "low-pack" kan. Tapi sebenarnya diorang tak nampak isi dalaman orang-orang malaysia ni. haa! Bila tau baru kecut. Cheyy! Semangat wajar kau hari ni. Dah dapat kerja?? Belom -,- hehe.
             Bila aku mula layan youtube ni ehh? Aku rasa sejak aku sambung study kat alam universiti ni la kot. Sebab 24/7 aku ngadap lappy. "tak bermaksud aku tak study ok". Aku ni pun salah seorang "downplayer" yang selalu mengeDOWNkan negara aku sendiri. Tapi sekarang bila dah dewasa walaupun aku ni still dikira remaja, aku rasa semangat negara tu memang kena ada. Kadang2 kita tak nampak apa penting-nya.
              Aku suka layan youtube macam nak tengok gak lah budak2 malaysia ni ada tak yang jadi youtuber. Ada rupanya, sebab selalu yang popular semua omputih punyer jer. Nampak sangat selama ni aku duduk bawah tempurung kan. Video yang selalu gak lah aku tengok dekat youtube ni cam Maria Elena, Najwa Latiff, Anwar Hadi, Matluthfi and Maccaboys91. Dan aku sangat berbangga dengan diorang ni. Viewer diorang memang tak boleh blah lah jumlah dia kan. So, sangat2 lah elok.
              Kelebihan dia dekat sini, orang Malaysia ni banyak yang berbakat lah. Bagus lah kalau macam tu. yer tak. Kalau cam video menyanyi tu standard la aku rasa kot. Yang unique macam Anwar Hadi and Maria Elena. Diorang ade idea yang bagus untuk buat video and seriously aku tak bosan tengok video diorang. kelakar and fun giler.
              Plus, ini adalah satu cara yang baik untuk mengajak orang diluar sana supaya bersopan santun. yang ni aku rembat dari video Maria Elena. Ada satu video dia menunjukkan situasi dalam bas kita perlu bagi yang "boyot" duduk. Betol! aku sangat sokong.
             Dan seterusnya, kita dapat berdakwah untuk agama kita contoh cam video Anwar Hadi. Click lah kalau nak tengok. http://www.youtube.com/watch?v=m6zw5XRkcd0&feature=related Sangat interesting. Jadi bagi aku youtube ni sangat elok lah tapi depends dengan peringkat umur jugak lah. hihi.
             Semestinya mendatang kebaikan kat aku jugak. Supaya aku boley letak video dekat blog aku biar korang tak bosan and nampak menarik lah jugak. Betol tak?

             So, bagi korang youtube ni elok ke tak.??

P/s: Tingkat-kan prestasi, Kurang-kan Kontroversi.

Monday, June 20

Memoir Saat2 Akhir di Muadzam

Cheyyy, ni aku rasa cam nak mengada2 sikit sebab tiba2 rasa cam nak men-jiwang-kan diri sebab baru je member aku eyka upload gambar2 kitorang dekat Muadzam. huhu. Rindu la pulak. haha!. tapi tak berapa sebab aku happy duk umah. Haha!
             Kalau dekat sana nak buat apa, buat jer. Tapi kalau kat rumah tak semua boleh buat. Betol tak? Most aku baca status batch2 aku sumer dah mula rindu-kan Muadzam. Padahal baru seminggu kot. haha. Yer aku paham. Mereka sangat merindu aku. Bhahaha! ok2. Enough. Untuk pengetahuan korang, aku tak carik kerja lagi. Aku hope esk aku dapat kerja dengan aman. Actually igt nak kuar pagi tadi cari kerja tapi mak ayah aku g Muar pulak. So, akak aku settle-kan  adik2 aku nak g sekolah waktu pagi. Aku igt boley lah kuar tengahari tuk carik kerja tapi akak aku plak nak kuar ngan member dia. Aleh-aleh kener tunggu adek bongsu aku balik sekolah n kener gosok baju dia n what so ever. hurmm. Nasib. Terus tak kuar carik kerja.
             Okay! Madiey kau jangan nak tukar citer. Mungkin sebab ni lah kau dapat c+ untuk BM kau. Apa nak jadi lah kau ni. Sambung balik memoir di muadzam. Kitorang time nak dekat final exam tu kitorang keluar berjalan huhu. Disana Disini So, ni lah gambar yang sempat di-tangkap.
             Time ni kitorang igt nk g cucuk duit dekat wisma. Sampai wisma pulak wisma tutup. Memang best lah kan. Plus, nak tengok carry mark kitorang jugak. huhu. Then kitorng keluar lalu depan wisma lalu depan PPA.

Gambar ni di-tangkap depan PPA. Nampak lawa pulak bunga kat blakang tu ber-kembang. hurmm. Macam tau2 jer 3 bulan kita tak jumpa. huhu! dan kitorang terus-kan perjalanan.


Teruskan perjalanan teringin pulak tangkap gambar atas jalan. Haha! Memang tak derk kerja, Padahal baru leps hujan tme ni, Jalan tar tu basah lagi. Nasib seluar aku tak basah.


Then kitorang masuk jalan dara. Aku ingat waktu aku mula2 orientasi. Aku gelak jer dengar nama jalan ni. Aku bujet orang yang ada "dara" jer boley lalu. Maksud aku, "ada dara", "tkder dara", "mak dara", "anak dara", apa-apa dara sekali pun janji ade "dara". Haha!


Terus-kan perjalanan melalui Jalan Dara. huhu.


Then kitorang singgah 7e. Awwchakk.! Kucing ini sangat comel. huh. Yang paling tak boley blah. Time kitorang pergi 7e ni elektrik tak de. So, memang sangat panas. Kalau kat luar pun dah panas ini kan pula di dalam. Kepada akak dan abang cashier sila keluar sebelum Jabatan agama islam datang, al-maklum la gelap kat dalam tu. Tak elok. Then kitorang pergi-lah CIMB, nak cucuk duit kan. Sampai je kat CIMB, kitorang tak ter-pikir pulak yang time 7e tak derk elektrik semua kedai takder elektrik. haha! Memang terbaik lah Muadzam. Kitorng tunggu agak lama sampai elektrik ada balik and lastly mesin ATM kena re-program balik la sebab dah tertutup kan. err. kitorang bengke' je dekat mesin ATM tu. Last2 kitorang balik jer. Memang aritu kitorang keluar rumah hanya untuk membazir masa round2 Muadzam jer. Padahal esok ada paper tu. haha. Then kitorang otw balik.


So, itu lah dia memoir yang sdikit untuk di-paparkan. Lastly, gambar pada hari terakhir final exam. Last paper was Critical thinking which is really put me into critical situation. haha! Tapi carry mark aku ok so, not bad lah. haha. So, this is it.


huhu!. Time ni mak ayah aku dah sampai ah. Tapi sempat bergambar dekat wisma lagi. huhu. okay blah dulu. p/s: Thanks sebab lungkan massa korang untuk membaca entry ini. Tinggalkan comment kalau nak.

Thursday, June 16

Presentation Business Management

Walaupun asasi dah abis, tak bermakna aku lupa semua yang berlaku dekat sana. Few days before final kitorang still sebok dengan assignment lagi. Nak tak nak kitorang still nak buat kenangan so, time presentation pun bantai amik gambar jugak. huhu. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan tak der satu groupmate aku pun buat hal. Yelar mana tau tiba2 sakit perut ke ape ker. haha.

                Assignment business ni agak mencabar kesabaran dan pelbagai sebab kitorang kena wujudkan or buat satu company. Company aku ni nama dia Mask Comp. Mask tu stand for nama kitorang lah. Kitorang ada empat orang jer. Huhu. M:madiey/aku, A:Athieyrah, S:Suganthi, and K:Kirthana. Huhu. The best groupmate ever. Kitorang masing-masing memerah tenaga untuk buat benda ni. Tapi befor nama Mask ni muncul macam2  nama kuar. WthCorp(What the hell corporation), Gth(go to hell), ape lagi ehh?? No name corporation. Macam2 ar. Semua merapu jer. Haha. MaskComp tu credit to Athieyrah fauzi ler. Huhu. Dia yang dapat. Aku ni jenis tak kesah. Aku terima jer sumer. Haha.


Ini logo kecik2. 
Ini full logo kitorang

                Then kitorang kener bahagi kerja macam bahagi department kepada setiap orang. Aku sebagai Marketing manager, Thieyrah sebagai production manager, Suganthi sebagai finance and accounting manager and kirthana sebagai human resource manager. Then masing-masing buat kerja. Uhuh. Pelbagai rintangan. Haha. Athieyrah more ke edit-mengedit ni. Kalau aku mau aku hentak lappy aku. Kalau dulu boley lah edit2 ni. Sekarang dah tak boley dah. Malas giler. Huhu. 
                Sampai lah waktu untuk presentation. Aku rasa waktu kecik aku ni cepat cuak darah gemuruh macam2 lah. Tapi sekarang ni kurang sikit lah. Kira aku dah tau macam mana nak kawal darah gemuruh aku ni. Huhu. Chewwah! nak cakap kau pro la nih. haha. dah2. jom tengok gambar.


okay ni group aku. Kiotang 2nd group present. Tengah sedia untuk presentation. huhu.


N group budak laki. Yang kelakar nya study sumer nak luar negara jer. ade dr japan la. Oxford lah. Macam2 lah tapi buat business burger. Tapi not bad lah. Kelakar ade gak group ni. Selamat tak amik video jer. haha.


Yang ni dr Sabah. sorang jer tapi idea dia unik giler. Dia promote Sabah kot macam "Saya sayang Sarawak" tukar jadi "Saya sayang Sabah" lah kejap lagi. huhu.


Ni group before aku present. Diorang ok. not bad. Tak igt dorang jual ape. Tapi yang aku macam jual purse tapi x igt brand ape.huhu,

Group ni best sebab produk diorang strawberry. So, diorang bawak kek strawberry. kitorang pun dapat lah merasa siket. huhu.
While we were presenting.

Okay, dats me.


Kirthana.


Athieyrah.


Suganthi.

And plus mesti lah korang nak lecturer kitorang kan. Tak kan lupa macam tu jer. huhu. Ni dia Miss Nurlyana Baharin. Sangat comel, sangat sporting, sangat serius bila belajar and sangat hot. haha.

p/s:best moment. Kitorang dapat 19 over 20 marks. ho0ray.! walaupun tak fullmark. huhu.





Kenapa Cokelat Campur Biru??

Setengah dari member aku selalu tanya “kenapa blog kau nama cokelat campur biru”. Setengah member aku pulak fikir Cokelat+Biru=warna ta*k. haha. Buat per lah aku letak benda tu sebagai nama blog aku. Apa lah diorang ni.
                Korang nak tau x? Aku tau gerenti ade yang cakap "tak nak tau pun". Haha. Tapi aku nak bagitau jugak. Huhu. ;P
                Actually ni warna yang aku nak gabung-kan jadi satu theme. Theme? Theme apa? Tema kahwin aku nanti lah weyh. haha. Ada yang cakap tak lawa lah. Actually dia yang tak pandai bayangkan. Aku maksud-kan Dark Brown dengan Aqua Blue. Sangat lawa okay. Aku dapat idea ni time aku jen-jalan dekat mall ape ntah ari tu. ter-nampak katil yang sangat besar dan sangat cantik. Tilam warna Aqua Blue then bantal dia sumer warna Dark Brown. Lawa weyh. Tak caya jom usha.


Ni standard aku amik dalam google lah.. kalau korang nak tengok type je BLUE-BROWN BEDROOMS dekat google tu. Tapi yang aku tengok dekat mall tu tip top lah. Lagi lawa. 
Jom usha barang kahwin lak.


Yang ni boley jadi gift lah sape2 yang datang wedding aku. chey. Dalam kelantan kita panggil sisa. Bahasa selangor aku lupa pulak. Kalau dulu kita bagi telur rebus and sekarang dah jadi trend untuk bagi gula-gula. huhu. Entah lah, aku pun tak tau kenapa orang tak bagi telur rebus da. Ayam sekarang dah kurang subur kot. hehe. 


Yang ni meja tuk hidangan all the things sumer. Okay lah sebab kebanyakan nyer orang guner alas meja putih. Kalau kotor tak sedap mata memandang untuk tetamu lain pulak kan. So, kalau gelap ok lah. Ang plus ada satu wedding ni aku pergi dia pakai alas meja warna Orange. Smart giler. Kesan minyak tak nampak. So, kalau aku datang lambat pun nampak cam aku ni di-alu-alu-kan jugak ar. huhu. 


ni boley di-letakkan dekat meja pengantin. huhu. 


Okay, kek wedding aku tak derk lah macam ni en. Aku kalau tengok kek cam ni terus aku tak nak makan. hehe. Sebab aku gerenti tak sedap. Setengah wedding yang aku pergi kek dia besar bagai, tinggi sumer bile rasa tak nak makan lagi. So, membazir lah kan. Membazir itu amalan syaitan. So, aku nak kek aku lawa and sedap lah. of course la kan. huhu. 


And gambar ni tarik perhatian aku. huhu.

p/s: Aku hope aku dapat impian theme color untuk wedding aku. huhu. 

Tuesday, June 14

Kepada follower aku

Terima kasih kerana follow saya. Itu je kau nak cakap.
tak lah at least ade gak lah yang baca blog aku ni..bhahaha

Pasar Sabtu Muadzam

Actually lama tak ngadap lappy lately ni sebab dah sampai rumah and sebok pasal nak carik kerja. KERJA??
yupp kerja.. sebab foundation dah pun habis.. ho0ray! And plus semalam baru usha result MUET aku. Alhamdulillah lepas. Diorang kata at least band 3 memang tepat lah aku dapat band 3. haha. yelarh aku bukan omputih pun nak speaking2 ni,, speakong boley lah. haha.
           Paperpun, korang sehat tak? hope korang sehat dan happy selalu. kuikuikui. sebenarnya aku dah mula rindukan pasar malam muadzam ni. huhu. Bukan apa, just rindu nak makan masakan muadzam. Yelar benda yang aku rasa tak pernah jumpa kat puchong ni ada jugak yyang aku jumpa kat bandar terpencil tu. huhu. For example macam, potato spring ke potato ape ntah diorang bagi nama. Sedap and boley tahan lah. Potato spring ni kentang sebijik2 tu dia cucuk dengan lidi then dia letak dekat mesin yang ada pisau tu. "macam mana aku nak cakap ni" haha. macam tu lah. Korang tengok sendiri lah.

And then rupa kentang dia macam ni.
Then dia goreng and hidang lepas dia letak pelbagai perisa contah cam, sos cili, tomato, thousand island(betol ke), blackpaper sos, madu pun ada and etc. Korang boleyh mintak aper yang korang nak. fuhh! rindu nyer.
          Lagi ape ek yang aku jumpa kat sana, kuih bakar kot. betuk dia sama macam kuih cara tapi besar and tak ada inti. Kalau kuih cara ada inti gula or lauk kan. Ini tak, dia bancuh sekali dengan gula, so bila makan tu rasa manis-manis sikit lah. And not bad lah.
          Lagi satu, kalau korang nak tau. Aku dekat puchong ni kalau pergi gerai makan aku asyik order makanan yang sama, kuey tiaw goreng basah. haha. Bukan ape weyh, sebab aku tak tahu nasi ape yang dia jual dekat gerai tu. hahaha. Kalau macam sekarang macam2 jenis nasi lah aku tau macam nasi goreng paprik, nasi goreng telor bistik and lain2 lagi. huhu. so, tak der lah aku rasa malu sangat kalau nak kuar gi makan. haha. Tapi selalu nya aku tengok tukang masak. Kalau tukang masak tu bujang aku prefer order kuey tiaw lah. Kalau macam makcik pakcik tu aku order nasi goreng daging merah biasa nya. huhu. Boley pulak kan. Most orang kata air tangan bujang tu sedap. haha.

Okay lah korang sampai sini je kot. hihi.
p/s: take care ;)

Tuesday, June 7

Nora Elena


halo0! kembali menaip.. hihi..
          First of all korang sihat tak.? So, entry kali ni nak berkisah sikit pasal drama tv3 yang bertajuk Nora Elena di adaptasi dari  novel Kasih yang Suci.

          Adat lah kalau aku cakap aku dah baca novel ni sebelum tengok drama ni. dan adat jugak lah kalau aku cakap baca novel lagi layan daripada tengok drama. betol tak.?! huhu.
          Aku baru je lepas tengok Nora Elena sebenarnya, tu yang nak merapu meraban pasal Nora Elena dalam blog ni. kuikuikui. Cerita ni best gila and so sweet.. "aku pun berjiwa perempuan okay"
          Cerita dia camni, waktu kecik Nora Elena ada sejarah hitam dimana dia kena rape. Then of course la, setiap saat yang dia jalani tu agak susah nak di tempuhi. btol x? Dan semestinya bila jumpa dengan lelaki atau pun teman rapat, dia jadi sebersalah. Then Nora Elena tunang dengan Eid. Lelaki yang sangat dia cintai. chewwwah! Then one day ni Eid dapat tau yang Nora Elena hilang mahkota suci dia, diorang putus tunang. Camner dia dapat tau?? tak silap aku baca novel tu, lelaki yang bernama Seth yang bagitau. Tapi kalau drama ni tak tau lah pulak kan sebab aku tak tengok episod tang tu. hish! terlepas sudaa. Tak lama lepas tu, Seth, bos kepada Eid try amik hati si Nora ni. Then diorang kahwin sebab mak Nora. Seth ni buat macam tu sebab nak balas balik kesalahan dia sebab dia yang rape Nora tu. hurm. After that diorang live happily ever after. Banyak lah actually benda yang berlaku. tersangat lah best. huhu. Kalau korang nak tau korang baca lah novel dia. Takpun dok depan tv hari isnin hingga khamis pukul 7 malam. Jangan lupa solat pulak. huhu.
          Dalam drama ni, yang pegang watak Nora is siti saleha and yang pegang watak Seth is Aaron Aziz.
So sweet. hihi.
p/s: Tengok jangan tak tengok..! Baca jangan tak baca..!

Monday, June 6

Tentang Cik Epal

Perghh! post terbaru dia..dia dapar RM3000++ dr nuffnang.. JELOUS nyaa!!!! 
nak jugak..nak jugak..nak jugak...

tekan sini...Nuffnang. hehe.

Aku memang suka macam tu... 

Ni jeker yang kau nak cakap dalam entry ni???
Yer kot..
Aku rasa ni lah entry kau yang paling pendek..
haha.

no lah..actually nak bitau something.. arini first paper final exam which is academic study skills.. waarghh..!
Alhamdulillah berjalan dengan lancar.. huhu..
And tadi turun tengok carry mark untuk macroeconomics..agak sedih lah..
dapat 48 dri 60.. pergh! 12markah ntah kemana.. yang aku perasan assignment dapat sikit..hurmm :'(
tak per lah..bersyukur madiey bersyukur!! ergh.. 
 
okay lah...
korang doakan aku untuk paper esok... Finance.. hee...nak pergi study now.. daa..

Saturday, June 4

Malam Minggu

Assalamualaikum semua.! 
kalau korang tau minggu lepas aku ada balik kl sebab ada dinner dengan family aku. 
So, ni nak cerita la ni. hehe. Kitorang makan dekat Flaming sebelah sunway pyramid. korang g lah makan kat sana. murah pun murah, sedap pun sedap, happening pun happening. Satu kepala dalam Rm28 tak silap. Best giler. Semua makanan dia fresh2 gitu. huhu. Kebanyakkan nya seafood lah. sebab aku memang suka seafood pun. most family aku memang prefer seafood lah aku rasa. huhu. Dan semestinya aku akan selit kan beberapa gambar.

Aku ni bukan kesah sangat nak pakai baju apa g sana sini. Tapi teringin nak melawa aku pun pakai standard aku keluar dengan member2 aku. 
Okay, itu aku. Aku tau aku dah mula tembam dan buncit. hihi. 
Bila kitorang sampai jer, cam biasa carik meja and so on. Kitorang dah book awal2, so tak derk lah lambat sangat layanan diorang. huhu. Sampai2 kitorang terus beratur amek makanan. Aku terus capai pinggan letak ketam satu pinggan, udang satu pinggan then terus aku campak dalam periuk. huhu. Sangat sedap dan sangat panas. Sorry lah aku tak tangkap gambar makanan yang ada sebab mana lah aku ada tangan lebih untuk snap picture sedangkan kedua2 tangan aku penuh dengan makanan. (kantoi sudaa). Makan punya makan, dah kenyang baru teringat nak snap picture. so, ini lah gambar kitorang selepas makan. 
itu dia, jangan tengok family..tengok meja..haha..

kitorang pergi 2 kali.. tempat kiotrang makan semama jugak.. nak mintak kat dalam. tapi ayah aku dah book kat luar pulak.. huhu..

ibu dan abah..
Lepas tu kitorang tak de lah terus balik. tak kan la kan. mesti lah melepak-lepak kejap. betol tak. huhu. 
kitorang pun setuju nak g main archery kat sunway. orang lain keluar nak balik kitorang baru nak masuk and enjoy. best giler kot. yang tak bley blah mamat2 yang jaga kaunter and what so ever dekat archery tu handsome and cute2 belaka. waarggh! rambang mata. tapi tak pe cool lah. tak kan nak tunjuk batak plak en.. haha. so, ni some gambar yang di-snap. 
perghh! haha.. aku main ni, esok tu tangan lenguh bagai.
at least aku kena 4 kuning. huhu..

ni kak long aku..cam hebat jer..padahal kene dinding belambak..


peace yaw!

huhu..aku, abang aku and adeq aku(pakai baju uniten) err


ni lah akak aku yang belanja makan tadi.. huhu..thankx sis,.  

mak aku boley tahan hebat jugak..
 gambar ni ditangkap oleh akak aku num 4. dia tak maen. huhu. rugi. tapi tak per kalau dia maen sapa nak tangkap gambar. and ade some video aku masuk kan. haha. and aku tak tau kenapa suara aku annoying dalam video ni. errgh! macam gedik giler..


Aku tak tau lah mana video yang aku menjerit sebab dapat tengah.huahuahua. 
 p/s: miss dis moment.