Sunday, May 29

Japanese Cuisine yang sedap.

perrghh!! PWTC stand for Putra World Trade Centre kpd sesiapa yg x tau diorang buat buat karangkraft.. best woo!!..kira time aku pergi tu ari jumaat tengahari time org balik solat jumaat lah.. karangkraft ni macam sale lah..novel..majalah..buku2 masakan..rugi lah sape yang x pergi...walaupun aku ni x minat baca buku tapi bila tengok buku bertimbun saper x suka ye x..? mula2 malas nak pergi sebab aku tau gerenti penat and ramai orang..aku x berapa minat kalau ramai2 sangat ni sebab selalu hilang.. hurmm.. tapi bila fikir2 balik baik ikut sebab duduk rumah bukan buat aper pun selain mem-besar-kan punggung jer..hurmm..so aku pun follow..
dah mandi and get ready kitorang pun kuar.. g bus stop..naik bas g kl central..then naik ktm pergi putra...and fyi, hari tu teramat-lah panas..

kitorang berdua ni nama jer duduk selangor..area kl x pas2..kalau nak di-ikut-kan orang asing yang ada dalam negara kita ni pun kitorang ley tanya jalan..macam kitorang pulak  melancong kat negara dorang.. bujet sampai kat putra muka dah berpeluh dah..abes make up cair.."it's melting!! ohh, noo!" xyah nak cair2 sangat-lah..
yang tak bley blah turun putra kitorang g carik banggunan bernama pwtc..?!@#$%^&*  what the heck!

"kau orang kl buat cara orang kl lah.."
"sapa kata aku orang kl..?? aku dok selangor lah.."

sanubari aku berkata2..citt!...jalan punya jalan kitorang amek keputusan "follow the people" okay..senang je...kitorang pun ikut je sapa2 yang ada kat situ..yang aku nampak banyak ramai student yang bertudung labuh..mesti minat buku ni..kitorang pun ikut..and taraaa! pwtc di-hadapan mata...senang jer cari PWTC ni sebenarnyer..sebelah THE MALL..ok lah pas ni kitorang ingat punya.."igt la sgt"..apa yang aku perlu-kan adalah map..pasni aku dah boleh ingat..okay..kitorang me-langkah masuk pwtc..perrgghh! banyak-nya manusia..cantik menarik tertarik kau memang de boom,..bukan apa..kat sana ramai student yang comel2..hekhekhek..sambil belek2 buku, sambil cuci mata..da lama aku rasa aku ni x cuci mata..suci je aku tengok muka2 dorang..bagus2..mana x nyer..korang bayang-kan..dia pakai baju kemeja putih lengan panjang..then lipat sket lengan dia then pakai songkok..peerrggghh! gugur jantung aku..fuhh! tapi aku rasa diorang ni baya adeq2 aku la..huhu.. pas satu2 store kitorang pergi..then akak aku meng-habis-kan duit nya sebanyak 100++ so kitorag bawak balik dalam 8 novel lah..best gak tapi memang penat...

Tapi kitorang x terus balik..perut x isi mana bley blah cam gituh jer..aku ngan akak aku decide nak singgah Midvalley lak..aku pun xderk hal..follow jer...kitorang g stesen ktm balik..beli tiket and cam biasa tggu ktm..ktm sampai kitorang pun masuk..time ni x ramai orang lagi...
aku: "jangan masuk dalam sangat nanti susah nak kuar.."
eyja: "apesal? x ramai pun aku tengok"
aku: "memang lah jap g sampai kl central kau tau lah"
ktm pun gerak..ting tong! bank negara..bank negara....lemah gila bunyi suara pomp tu ohh..aku rasa macam nak tolong cakap-kan je untuk dia..bank negara dah penuh skit..yelah time tu dah pukul 5 kan..orang balik kejer.. ting tong! awek tu bunyi lagi..kuala lumpur kuala lumpur...aduhh! lemah dah lutut aku..diri jer..lenguh dah..ni dah start ber-himpit da..ting tong! err..kl central kl central..
somebody.. "bagi orang kuar dulu!!" "jangan lah tolak!!" "bagi orang keluar dulu laarrhh weeii!!" suara cam pak misai jer awek ni..debuk2!! "masuk dalam lagi!!!" pak polisi dah sampai..cuak kau..baru nak masuk..lempang sekor2 kang..perempuan2..haish..cool la skit..aku ngan akak aku senyum jer..hurmm..

Sampai je midvalley aku ngan akak aku redah macam maen rugby.." ehh! beg aku ter-sangkut!!" sekali beg aku ter-sangkut daaa..di-antara 2 awek yang agak besar badan-nya..hahaha..maaf yer kalau orang tu hang..peerrgghh! adalah senafas dua aku dapat tahan..ye lah..dorang kan baru balik kejer..bau acam..nama jer perempuan..perempuan ni kalau berpeluh lagi ber-bau dr lelaki..xyah nak argue lah benda ni memang betol pun..sebab tu kalau perempuan peluh sikit nak mandi..takut balak lari..keh keh keh..xyah tipu ler korang..
sampai jer mid kitorang g tandas..x tahan nak !@#$%.. arrhh lega... pengoto' btoi naa.. normal lah..

kitorang sambung per-jalan-an g food junction kat atas tu.. makan Japanese Cuisine...sedap woo.. akak aku makan mee..aku makan set unagi.... 2 orang makan RM45.. akak aku pandang je aku...hehehe..sebab aku nye yang mahal..kuikuikui...cilake! xper adeq punyer pasal..hahaha...
yang atas ni akak aku punyer..

yang ni aku punyer...punye lah layan...
ni la akak aku..huhu

toink toink toink..


then kitorang jalan2 x sampai seminit pun..kitorang naek kat wonderpet pet store..yang banyak2 binatang tu..hehe..aku ingat nak beli kura2..tapi nanti kang kucing aku kerja-kan dia lak..hurmm..so, x jadi beli.. glider sangat comel..rasa nak picit2 dia sampai mata dia terkeluar..grr.. akak aku lak leka maen kucing yang di-import dr Aus.. aku rasa btol kot..sebab ader note dia kat situ..x ley blah nama kucing yang akak aku maen tu Bengok x silap aku..aku bantai panggil bengok bengok bengong kat situ...ada ke nama bengok..isk2..bengong btol tuan dia..harga dia lak RM2856 x silap aku..gelupp! aku rasa aku sanggup tunggu kucing aku ni buat anak walaupun hakikat-nya kucing aku dah di-mandul-kan..kesian dia...sob2..tapi late-ly ni dia hyper sket lah..maybe sebab telor dia dah ringan kot..bhahaha..mana x nya kempis jer telor dia..kalau dulu bukan maen besar lagi..haha...

then kitorang ingat nak tengok wayang..ter-serempak ngan adeq aku lak ngan member dia..sempat lagi dia ketuk akak aku RM5..xguner..! niat di-hati nak tengok wayang..tapi laen tempat yang kitorang pergi..kitorang pergi McD.. aku tau aper korang fikir.. kitorang banyak makan kan..haha..memang pun..kitorang bantai french fries jer pun...tpi time kitorang nak blah tu pakwe punya-lah comel..arabians, memang ler.. mata biru..perrgghh!.. relax madiey..relax...

kitorang chow beli hadiah birthday untuk akak ecah aku..akak aku beli-kan kimchi doll yang joy punya then aku beli yang patung goyang2 letak atas meja kerja dia..sebab-kan dia accountant..aku nyer patung tu ader tulis accountant jugak..then kelik trus..

Sunday, May 22

Madiey, Madley, Mar, MJ, Diyah etc

huahuahua! Aku sangat happy bila ada benda nak merapu meraban dalam blog ni. Kembali merapu bersama Madiey!! Hari ni aku nak cakap pasal diri aku sendiri. Nama aku, no phone, num IC, aku duduk kat mana, etc and etc. 
          Okay. Nama penuh aku Siti Mardhiah. Celah mana datang Madiey tu??? Actually waktu sekolah rendah ada la 2 3 orang panggil aku dengan nama tu. Tapi aku tak suka. Biasa-lah time tu  aku ni baik sangat. Aku suruh orang panggil aku Mardhiah jugak. Kalau time aku sekolah cina lagi lah, sorang pun tak tahu sebut nama aku, semua pakat panggil Siti je. Senang Ringkas dan Padat. Aku bukan apa, kan ustaz2 banyak cakap panggil nama penuh kan elok untuk peribadi orang tu. Plus, kalau tukar bahasa inggeris muddy yang bermaksud berlumpur. WTHECK! Then lama dah orang tak panggil aku Madiey. Naik sekolah menengah, ada orang tak tau sebut nama aku ni. Dia sebut Madinah. Susah sangat ke nak sebut. Tak de lah sangat aku rasa. Biasa je. Nama Madiey ni melekat dengan aku naik form 2. Orang pertama panggil aku Madiey time sekolah menengah ni Zaki Mokhtar. huhu. Sampai la sekarang melekat nama tu. Dah tak kesah da muddy(berlumpur) ke mud(lumpur) / mad(mati) ke. haha! Ada jugak yang cakap kau tiru nama dari cerita dunia baru tu eh.? peniru! chey! cakap la apa kau nak cakap. Aku kesah apa. Tapi ada gak yang still panggil aku Siti, Mar, Madley, Diyah, MJ and etc.
           So, pasal nama da abis. Then, aku ni di-lahir-kan di "atas katil milik Hospital Rawatan Islam Kuala Lumpur". Perlu ke "atas katil" tu. Aku rasa perlu. Nombor katil, nombor bilik sekali kalau boleh. Sebab bila kita dah besar nanti boleh lah kita datang melawat. huhu. Nanti mesti ada yang cakap, waaa! ni la katil yang aku guna waktu baby dulu. haa.. best kan. Ada sorang kawan aku ni, tempat lahir dalam surat beranak dia tulis "dalam kereta...hospital.." perghh! tak ke gempak tu. Nampak sikit yang kita ni lain dari yang lain. hahaha! Tak perlu nak lain sangat la Madiey. Then aku di-lahir-kan pada tarikh 27 hb 9 thn 1992 pada pukul 4.45 pm. :D
           Apa lagi yang selalu dalam biodata. hurmm. haa. Aku kini menetap di Puchong,Kinrara. Agak-agak korang kenal aku tak? huhu. Kecoh la kau ni Madiey. Sekarang tahun 2011, aku berumur 19 thun. Cakap pasal tahun aku cuak kalau num "1" tu bertukar jadi "2". Aku pun tak tahu kenapa. hurm. Aku rasa aku takut mungkin sebab aku tak nak tua kot. haha! haaa. kalau korang nak tau aku ni perempuan. :D mana la tau korang konfius pasal jantina aku ker.
           Teringin pulak nak cakap pasal warna kulit. Warna kulit aku warna ermm..urmm..camner aku nak cakap ni.. muka aku paling gelap dr anggota badan aku yang lain. Tangan aku pulak kedua gelap. Kawan aku kata aku putih. Tapi aku nak kuning langsat. Aku rasa aku kuning langsat kot. "endah-kan apa orang lain cakap, percaya pada diri sendiri" hehe.
          Pastu kalau dalam biodata mesti ada quote ataupun ucapan kat bawah sekali. Favourite quote aku, Every Story Have An Ending.But In Life,All Ending Is Just A New Beginning. Tak pun yang ni Semalam Adalah Sejarah Yang Tidak Boleh Dipinda, Esok Adalah Khayalan Yang Belum Nyata, Hari Ini Adalah Kenyataan Dan Penentu Siapa Kita.

Lastly, aku selit kan gambar time aku kecik-kecik. heee.. rindu zaman kanak-kanak la kata-kan.

p/s: nice day. :)

Friday, May 20

22 days to go

Lokasi terkini MASIH berada di muadzam. Jarum jam menunjuk-kan pukul 4.26pm dimana aku baru lepas berus gigi dan cuci muka. What the heck! kau baru bangun Madiey! "Apa nak jadi dengan kau ni!!" itu-lah yang selalu mak aku cakap kalau aku bangun lambat. 

Sewaktu aku sebok mem-berus gigi mendapati bahawa Aidil Su (housemate) pergi ke Pantai Selamat (pasaraya tak berapa besar..not bad la), Eyka (roommate) balik kuantan, Hanis (housemate) entah kemana and Baby (pet in da house) berlari seperti orang sawan. Yes! Korang memang betol, aku kini ke-seorangan tapi ada se-ekoran but it's okay i love it. Hihi. Kejap lagi nak mandi, nak mandi dengan si Baby ni sekali. Huh! 

Korang mesti tertanya-tanya kenapa title entry kali ni "22 days to go". I'ts a holiday countdown. yes! yes! and yes! Tak sabar-nya Ya Allah. Tapi takut lah di-sebab-kan betapa aku excited result aku kuar nanti cam hampeh. Hope not. Aku tengok result mid-term semua still okay. So aku hope final aku okay. 

Bila aku fikir-fikir balik, bukan ke aku patut buat final countdown. Huihuihui. Tak kesah-lah macam mana sekali-pun excited dia aku still kena focus kan? Apa pendapat korang? Haish!

Oh! plus aku nak story mory siket. Semalam ada sorang mamat ni dalam facebook. Kerja dia selama ni "poke" aku jer. Lately ni dia contact aku pakai IM CHAT yang kecik kat bawah tu. Dia tanya nak kenal boleh. Aku fikir dalam hati 'apa kena dengan mamat ni. kau dah friends ngan aku dalam fb ni lama. apa salah-nya tanya je terus. nama apa? umo bape? and etc.' Esok tu dia chat lagi. Dia mintak num phone. Ehh2 senang-nya hidup kau. Berborak pun tak pernah. So, aku kata tak boleh. Dia balas, saya ni nampak jahat ke? haaa? aku fikir 'Lagi kau jahat lagi aku suka'. Masalah-nya di-sebab-kan muka dia tu baik lah aku tak berani nak kawan dengan dia. huahuahua. 

Aku ada pengalaman, couple dengan orang baik ni selalu buat aku tension. Couple dengan orang jahat ni memang banyak kesabaran diperlukan. So, aku pilih untuk bersabar daripada tension. huh! Aku bukan apa, dah malas sangat nak layan. TAWAR HATI lah konon-nya. Tapi mungkin statement "Aku Tawar Hati" tu betul kot. Sebab memang aku tak rasa nak bercintan cintun ni. Aku more kepada minat jer. Nak rasa sayang tu dah takde. hurmm. Aku sayang kat family aku lah.

Then, malam semalam dak tu mintak nak jumpa. Jangan harap la. Zaman lama la budak ni. hihi. Honestly, dia memang bukan taste aku.
 Ada jugak kawan aku cakap "kau ni madiey..kau ni kena tukar taste la"
 "Apehal dengan taste aku...taste aku ni macam mana kau nampak"
 "kau banyak amik yang jahat sedangkan yang baik depan mata"
 "tu bukan jahat..tu naughty..hahaha"
 "kau suka sangat amik yang playboy..pastu bila putus buat bodo je..takde rasa nak marah ke apa"
 "biar je la..dah rasa marah ni tuju kat satu orang.. tak perlu nak marah semua"
 "hurm..sukati kau la, nasihat aku carik lah bf cepat2. sebab kau tu bila takde bf macam hape jer perangai"
 "ehh kau.. perangai apa pulak ni aku buat."
 "kau tu bila ade bf kurang sikit bercakap..bila takde..macam mulut murai ko tau"
 "bhahaha.. ade bf kurang bercakap..sakit mulut nama-nya..hahaha"
 "eeii kau ni..ada-ada je..bengong"
 "takde lah gurau jer"

Kepada mamat facebook. Aku tak percaya "cinta muka buku" ni. Terima kasih je lah. huhu. yang ak tau sekarang aku nak abis-kan foundy ni sebaik yang mungkin dan kita enjoyy!!!! (enjoy pejadah-nya..kerja)

Sunday, May 15

Aku sangat teringin...

Setiap dalam diri korang mesti ada ke-ingin-an masing-masing kan. Maybe antara korang ada yang ter-ingin nak dapat pelajar paling popular..mungkin. Maybe pelajar ter-baik…mungkin. Or maybe korang ter-ingin nak makan satey sekarang. Haha. macam-macam yang kita ter-ingin. It could be anything right.
                Apa yang aku nak kongsi-kan dengan korang adalah kadang-kadang apa yang kita ingin-kan tu tak dapat nak di-capai. Macam aku, dari dulu aku nak benda yang best-best. Contoh-nya time sekolah rendah dulu aku ter-ingin nak main PS. Zaman sekarang tak yah cakap lah. Ada orang yang da buat koleksi Playstation da pun. PS baper? PS1..PS2..PS3..ntah PS yang ke-berapa ntah yang ada sekarang ni. Owh! Ber-balik kepada cerita aku tadi. Dari dulu aku nak main PS, dulu aku ni maksud-nya time PS mula-mula kuar. Kau tau biler aku dapat main? Tak tahu kan. Aku tahu. Aku first dapat main PS time aku form 3 or form 4. Kau tengok! Orang dah layan benda lain aku ter-kedek-kedek lagi. Tapi aku tak kesah lah benda-benda ni semua. Bukan port aku pun.
                Then, aku selalu nak dress up lawa-lawa. Time ni aku nak pakai lawa-lawa waktu aku ada BF lah. Aku first couple time darjah 4. Punya lah ber-kurun. Ni kira cinta monyet lah. Tapi aku still ingat kot. Lawak pun ada, sedih pun ada. Huhu. Tapi bila aku dapat pakai baju lawa-lawa. Abis SPM baru aku dapat tau. Aku ni bukan se-senang yang korang nampak. Tapi actually aku agak ber-syukur aku dapat benda ni semua lambat sebab… bila aku pikir-pikir balik kalau aku dapat semua benda tu… aku gerenti lupa diri punya. Belagak bukan main kang. Alhamdulillah.
                Tapi bukan itu sebenarnya yang aku nak cerita. Yang aku nak cerita sebenarnya…aku teringin gila nak main at least satu alat muzik. Hurmm. Waktu aku form baper aku tak ingat lah tapi one day tu mak aku suruh aku baca buku and aku cakap malas lah. Biasa lah, korang pun sama macam aku kan. Haha. then ada satu hari tu aku kata nak keyboard lah. Nak belajar main. Nak antar pergi kelas, yuran bukan main cekik darah lagi. So, aku lupa kan lah niat aku.

One day mak aku cakap “baca buku ni sampai abis nanti ibu beli-kan hadiah.”

“Err. Hadiah aper?” Aku tengok buku dia bukan main tebal lagi. Bahasa inggeris pulak tu. Pergh!

Aku balas “buat per? Baca berjuta kali pun bukan paham pun”

Memang betul pun weyh, sampai sekarang aku tak paham. Haha.

Mak aku balas “baca je lah, tak paham tak per..asalkan abiskan buku nih”

“yelah” aku balas. Aku ambik buku tu, letak tepi.

“jap gi eya baca”

Esok aku pun baca. Masuk paragraph kedua aku dah ber-dengkur. Kroohh. Esok sambung. Baca lagi… tapi aku baca tak jujur. Aku main langkah-langkah. Yelarh hadiah punya pasal. Then aku target nak dekat sebulan aku cakap kat mak aku. Mak aku tengah masak time tu.

“ibu dah abis baca dah”

Mak aku cakap. “lajunya kau baca”

“alaa, bukan paham pun”

Then mak aku kata, “nanti ibu belikan hadiah.”

“cheyy, ingat-kan dah beli”

Aku pun blah masuk bilik. Kelmarin tu aku ada kem tak silap. Bila aku balik jer. Jeng jeng jeng. Adik aku melompat-lompat lagi. Aku dengan muka letih campak jer barang kat ruang tamu. Pergh! Penat ya amat. Then mak aku cakap. “hadiah kau dalam bilik sana.” Aku punya lah excited. Masuk je bilik. Perggh! Keyboard aku dapat. Aku pun menjerit-jerit. Dalam hati aku terima kasih kat mak aku. Hehe. Aku tak cakap depan-depan. Malu!
                Kalau korang nak tau. Keyboard tu sekarang sedang ber-habuk bawah katil abang aku and plug kaki dia patah sebelah. Dan sampai sekarang jugak-lah. Aku tak tahu main benda tu sejak aku ada gitar sekarang. Dan sampai sekarang jugaklah aku tak tau main gitar aku ni. Tak tau lah bila gitar aku ni rosak esok. Aku agak-agak en. Aku tak tahu main keyboard tu maybe sebab aku tak jujur ngan mak aku lah. Hehe. Gitar ni pulak, aku akan berusaha belajar dari youtube. Aku tak kesah lah apa orang rumah nak cakap aku memekak ke. Apa ke. Janji aku dapat expert dalam satu alat muzik.
                 So, pengajaran dia. Tak kisah la benda tu kecik kea pa ke. Korang kalau nak menimba sesuatu tu biarlah jujur and atas usaha korang sendiri. Jangan harapkan orang lain. Okay. And aku selit-kan satu video ni biar korang tengok. :D aku sengat suka. 

Saturday, May 14

Apa yang aku suka. heee

Teringin pulak nak cerita pasal feveret aku. Huhu. First, benda yang paling aku suka adalah untuk tidak belajar. Haha! tapi apa kan daya terpaksa sebab aku kan pelajar. So, kejer aku memang belajar. Apa pun tak boleh der! Tapi tak pe at least mak aku support aku tuk belajar. Dia selalu cakap “kalau kau ada exam ke apa ke. Mesej la. Mintak ibu doakan.” Aku pun mengangguk sambil layan cerita jepun. Hehe. Aku memang macam tu. Tapi aku dengar sebenarnya Cuma nak tunjuk macho punya pasal. Hehe. “baik ibu” sebenarnya aku balas dalam hati.
                Second, benda yang aku suka adalah tengok orang lalu lalang. Haha! memang tak de kejer. Yang ni boleh dikategorikan dalam cuci mata gak lah. Perrgh! Kalau kat mid valley. Awek bukak2 kita nak buat per ye tak?! Tengok lah. Tapi aku boleh lah aku ni kaum hawa. Korang? Jantina lelaki tak mau lah. Masya-Allah. Kang nanti iblis ketuk hati tu kang. Ayok! Haha! actually bukan apa, aku suka tengok orang sebab aku selalu predict orang tu macam mana dari segi dia jalan dari segi dia cakap dari segi dia layan member2 dia kalau ade. Huhu. Lagi satu mesti lah aku pandang apa orang tu pakai. Pergh!
                Third, aku sangat suka makan. Eee. Korang pun sama kan. Kalau pergi kedai burger aku gerenti mintak “bang! Daging double special satu!” hahaha! Pernah sekali dia balas. “kau ni asyik order double jer. Banyak nye kau makan.” And aku balas secara selamba nya “abang saya punya la”. Hehe. Dah tambah satu dosa dok menipu orang. Tipu sunat. Hehe. Takpe2. Tapi aku ni nak diet senang jer. Sebab aku diet macam ni. Satu hari tahan makan kaw kaw punya. Esok tu dah start makan sekali sehari. Siap! Haha! senang kan. Mula-mula aku nak carik dalam buku macam mana nak diet ni. Dia punya peraturan berjelar-jelar aku tengok. Macam main bola jaring pun ada. Yelar. Main bola jaring dah pegang tak ley jalan, pastu kalau nak tangkap bola then part break satu kaki kena kunci. Pergh! Tapi kenapa aku main jugak? Itu aku tak da jawapan. Hehe. Makanan yang paling aku suka se-mesti-nya Char kuey tiaw. :D love it live it. sehingga menjilat jari kaki. auwwmm.!

                Fourth, aku sangat suka kan kasut tinggi atau pun orang zaman sekarang panggil stiletto. Aku memang susah kalau dah pandang satu kasut yang aku suka. Tak ley-tak ley. Lagi2 kalau aku ada duit. Memang tak la nyah nak saving-nya. Tabung ntah ke-mana, ATM ntah ke-mana. Kasut aku yang kiri sekali. :D. Ni kasut raya 2010. 2009,2008 tu malas lah nak masuk kan. da lama. :D hihi

                Fifth, ni yang sebenar-nya aku nak cerita ni. Aku sangat suka-kan Avril Lavigne. Heee. Sangat suka. Waaa. Dari kecik kot aku minat dia. Start dari zaman sekolah rendah sebab time tu akak aku ada beli album dia. Mostly aku minat dia sebab dress up dia yang sangat gempak and agak kena dengan personality aku yang ganas. Tapi banyak yang cakap aku ni romantic and manja. Tapi aku maybe tunjuk perangai aku yang tu kepada yang tertentu lah sebab orang2 yang baru kenal aku kebanyakan nya semua kata aku sombong and etc. ntah apa2 lah diorang. Oh! Plus aku tak minat judge orang kalau baru kenal. Huhu.

                Then di-ikuti dengan Michael Jackson. Mesti lah aku suka dia sebab personality dia yang kelakar, baik and bila baca history pasal hidup dia memang agak sedih gak la. Pape pun aku memang respect kat dia. Huhu. Kalau korang tengok nama dia bila di-pendekkan orang panggil MJ jer. Kebetulan nama aku Siti Mardhiah binti Johari. Nama panggilan aku lak Madiey Joey. MJ jugak!! Hihi. Best3! Kalau part aku dah star layan lagu dia kat Bestari ni. Orang yang akan annoyed aku adalah roommate aku. Sebab dia tak tahan. Dia pernah keluarkan statement “Madley Joey layan MJ’s video again and again without bored” ahaha! Nasib MJ tu dah selamat dah. Kalau x. haish! Susah nak cakap.

                Then di-ikuti dengan Celine Dion. Perghh! Suara dia boleyh buat kau tak tido 3 hari 3 malam and siap ter-mimpi dia sekali. Aku mimpi laen lah. Kalau lelaki tu, aku tak tau nak letak statement aper. Hahaha! Celine Dion ni gila rajin layan peminat and aku rasa semua concert dia, dia live lah. Tak der lip sing arr. Aku memang gila respect dia. Kalau baca latar belakang dia pun cam aku happy giler. Aku tambah2 minat dia waktu dia buat concert dekat Las Vegas selama 5 tahun. Itu pun sebab dia buat satu dewan yang gila vavi punya besar. Dalam tu ada skrin yang gila vavi punya besar. Buat skrin tu pun dah memakan masa dan duit yang banyak. So, dia buat concert selama 5 tahun untuk cover balik duit laki dia. Tapi aku gerenti dah cover sebab setiap kali buat penuh jer. Kalau kat Malaysia, errr, aku tak tau lah buat sekali tu cukup kot. Hehe. Sekarang, tak silap aku dia dah ada anak ke-2 kot and tak silap aku yang ke-2 tu dia dapat kembar. Best nya!. Huhu. Sebab dia tu susah nak mengandung. Aku rasa anak dia da beratur pun suara dia still mantap lagi. Power!


Thursday, May 12

Furuku kara no yƫjin

Furuku kara no yĆ«jin bermaksud kawan lama. Actually ni aku nak sambung entry sebelom ni. hehehe. 
so, aku tak tahu nak start dari mana. selalu orang start ada introduction then content then input then conclusion. arini aku nak start dari conclusion lah..haha..tak der arh.. jap gi aku yang mereng.


          sebenarnya aku tak nak lah kawan-kawan aku yang laen terasa sebab tak der diorang bila baca blog aku, walaupun hakikat nya tak de sapa pun baca blog aku. wakaka. ni semua kawan aku dari sekolah. kira classmate aku lah semua yang kat bawah ni.


tengok..kan ramai tu. tapi ada gak member-member aku yang dari kelas laen cuma gambar tak de la pulak kan. kalau kau perasan. aku nyer port tengah-tengah bagai. comel-kan. kuikuikui. 
aku tak tau macam mana nak citer pasal kelas ni. kelas ni happening giler. banyak gak cikgu-cikgu yang kata kelas kitorang ni best, baik and so on. tapi serious memang kelas ni best. kalau pikir2 balik, aku teringat kat cikgu Tan yang ajar kitorang subjek add math ngan math. aku rasa satu kelas kitorang nya cikgu feveret tu lah. haha.


haa..ni dia cikgu Tan. time ni form 4 waktu hari guru. kitorang satu kelas bagi coklat jer. tapi cokelat tu aku rasa pelik. dia dark chocolate and dalam dia ada kopi. perrghh! tak silap aku nick yang bagi idea ni. haha. last2 kitorang rase ramai2 jugak. aku makan cokelat dia jer. kopi dia aku kuar-kan balik. eww. haha. tapi cokelat ni mahal oi. haa. dari kiri gambar. sheeda, zulia, afiqa, erwan, cikgu Tan, tika, teha,aku, and umi. rindu kot time ni. Dan korang jangan la tanya kenapa aku comot macam ni. haha! aku sendiri pun tak tau. Tapi setahu aku, aku memang comot. kuang kuang kuang.



Time ni aku yang tangkap, so aku tak der lah. haha. dalam gambar ni kamalia, tika, sheed, teha, zulia. kitorang time ni sumer tengah penat sebab baru abes training bola tampar. best jugak la time ni sebab pemain melaysia datang. ade empat orang x silap aku. pemain bola tampar, olahraga, bola sepak and sepak takraw. korang teka pemain mana yang kitorang usha je memanjang. hahaha. pemain takraw. tengok gambar dia ngan aku. betapa comey nya aku dia.


awwchaak! alololo.. haha. tapi tak silap aku, tak lama lepas tu dia jadi cikgu praktikal kot kat sekolah aku then dia sakit. tak tau la pulak. bukan tak amek kesah pasal cikgu tapi exam dah dekat kan. so, dengar-dengar macam tu je lah. hope dia sehat sekarang. huhu. 

korang mesti pelik, aku ni macam xderk member lelaki jer kan. takper2 tunggu nanti aku citer pasal member laki aku pulak. hukhukhuk.

Gakurei

Gakurei bermaksud zaman sekolah. so, aku nak cerita apa yang aku dengan member sekolah aku selalu buat bila bosan dalam kelas. haha. foto cantik menarik tertarik pun ada. so, first of all aku nak kenalkan kawan-kawan aku dulu. hehe.
          okay, yang ni nama dia fathihah. mak bapak dia kira member mak bapak aku lah. yelarh tempat kejer sama. so, macam secara batin automatik-nya dia ni jadi member rapat gak. huhu. seterusnya...
yang kat atas dok baca buku pun nak posing maut ni nama dia shahida. nama artis dia sheeda. tapi aku se-gemble-nya panggil shit sheed. haha. aku harap dia tak kesah. hehe. sory sheed. aku mula borak-borak dengan dia waktu form 4. yelah, dah time tu satu kelas. tapi form 5 rapat gila. haha. dan seterusnya kawan baik kepada sheed.

ni nama dia atiqah. dia nak aku panggil dia eyka. tapi.. perangai dia tak sesuai dengan nama yang selembut tu. haha. dia ni ganas sikit. budak olahraga gak. aku rapat dengan dia pun maybe sebab kelab olahraga lah kot. hehe. tapi dia ni pelik sikit. tak nak cakap lah pelik apa. korang try kawan dengan dia dulu lah. haha. plus, badan dia perrgh! berisi tebal. bhahaha..sory tika. maybe sebab tu aku suka picit-picit badan dia. mantap! kuikuikui.
macam ni lah suasana nak dekat spm. haa.. kenangan-kenangan.. ada lagi relax2..








haaa..itu lah kami.. haha..thanks kepada erwan sebab penat naik turun tangga tangkap gambar kitorang. huhu.
kalau kau tengok, aku ni malas nak layan sebenarnya. aku banyak pikir spm la kot. haha.. tapi bukan ni jer kawan-kawan aku. nanti aku sambung entry laen untuk kawan aku yang laen. muahhxx.. xoxo untuk ex-classmate aku sumer..waa..rindu nyaa..


Home Alone

hye hye hye!! welcome back!!


                 Hari ni rumah agak sunyi dan ter-masuk-lah muadzam sekali sebab banyak yang dah balik rumah masing-masing. Yelarh, mengikut calendar rumah korang ari selasa minggu depan kan Hari Wesak. So, ramai yang blah awal lah kira-nya ter-masuk-lah roommate aku si eyka ni. Walaupun dia gerak tadi tapi pagi tadi punya kelas tak juga bangun. Bujet macam turn dia pulak lah cakap bila member-member kitorang tanya mana aku. Dia nak jawab aku tido lah. Haha. dia tak sedar ber-juta kali classmate aku tanya mana dia and aku jawab dia tido. Bukan classmate aku jer tanya, soul mate aku pun Tanya gak. Okay yang last tu aku tambah. Aku ni mana lah ada soul mate kan uniten ni.  So, aku lah pe-menang-nya.

                Di-sebab-kan diorang ni sumer dah tak ada, and rasa macam muadzam ni tinggal aku sorang jer, boleyh lah aku jadi “mem” besar hari ni. Alaa kalau satu rumah ni tak ada orang sekali-pun topup elektrik tu jalan jugak. Ntah apa ntah. So, topup elektrik tinggal Rm27 cam tu lah. Laju gila turun. Bukan apa la, semalam tidur lambat sebab buat assignment finance. Al-maklumlah esok due date. Pagi-pagi aku bangun terus cuci muka, berus gigi..tak de’ masa nak ber-manja atas katil da. Cuak gak kalau tak dapat siap nanti tapi at last siap jugak. Alhamdulillah.

                Aku sebenarnya dah merapu ni, nama pun home alone. So, tak de’ benda nak cerita sangat. Haha. sekadar nak menambah-kan entry. Tak per, aku hope malam ni aku ada idea nak tulis blog. Kuikuikui. Owh plus, arini aku rasa macam ter-ingat dekat somebody je. Tapi tak tahu siapa. Hurm.

                Last but not least, credit aku dah abis lah. Sob sob. Kay lah nak layan youtube sat. daaa.
Give a big smile to you all. ;)

Wednesday, May 11

Denki Rifiru di Uniten


Huit! rasa macam nak mem-blogging la pulak. Terasa nak cerita pasal UNITEN MUADZAM. Mesti korang jarang dengar kan. Haha.x popular macam Lim Kok Wing tu. huhu.
Yelah, mana x nyer..kan intake foundation 2011/2012 dah masuk. Huhu. Banyak jugak anak ikan yang comel2. Not bad la. Huhu. Bukan menggatal, tapi cuci mata at least senang hati. Half dari diorang ada la yang macam sombong2 sikit. Tapi xley lah nak cakap awal2 kita x knal kan. Most, diorang sumer comel2 and macam Barbie je aku tengok dan pelbagai gaya rambut telah di-gayakan dekat diorang nih. Awal-awal jer comey lama Nampak lah kecomotan tu. Kuikuikui.
Tapi aku hope diorang do the best untuk sem 1 ni and jangan nak main2 sangat. Plus, dengar citer ada anak dato’ yang agak show off gak tapi its okay lah sebab dia kaya, so, boley lah nak show off-show off ni. Kalau aku ni ntah apa yang boleyh di-show off pun entah lah. Haha. Yelarh aku ni bukan nya macam yang laen. Aku ni comot (tapi still tak nak ngaku gak). Plus, tadi aku bru dapat paper mid-term. Puas hati tapi itu pun madam Edi bagi repair sikit. Kalau x, menangis tak berlagu lah jawab-nya. Sob sob.
Bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya. Yang aku nak cerita and tekan-kan dalam entry ni actually pasal elektrik topup. As yang korang nampak tajuk dia DENKI RIFIRU ber-maksud elektrik topup. Aku pakai google je tu. Bhahaha.
Untuk pengetahuan korang “UNITEN GENERATES PROFESSIONAL” ni dah mengguna-kan khidmat elektrik topup. Kira baru2 jugak lah. Tapi pihak atasan pasang benda alah ni dekat uniten bangi dulu. Nak tengok dulu macam mana kot.
Mesti korang ter-tanya2 apa elektrik topup ni. Actually elektrik topup ni di-kena0kan konon-nya nak save electricity lah. Tapi….~ lain jadinya dekat sini. Bertambah pokai kitorang sebab 1 kilowatt je dah 36sen. Lagi tinggi daripada elektrik biasa ni lah kira-nya. Ingat budak-budak uniten ni kaya ker. Ini kan lagi orang yang macam aku, yang 100% di-tanggung oleh bapak aku, tiada sponsor. Tak nak lah citer kenapa aku tak der sponsor. Noktah!
Mula-mula elektrik topup ni dia masuk-kan sebanyak RM41.00. so, kena lah berjimat tapi disebab-kan rumah aku ni ada peti ais and masing on lappy boleh di-kata-kan 24/7 gak so, sangat laju lah meter tu bergerak. Tengok gambar kat bawah untuk lebih terperinci.
Kalau korang tengok betol2 tinggal RM30.46.
Haaa, kalau agak-agak korang datang rumah aku tu gelap jer, jangan heran la benda tu dah jadi kepada beberapa rumah yang aku dah lawat kat blok aku nih. Rumah kawan aku yang meriah pun suram je. Nak bukak laptop pun rasa se-ber-salah jadi-nya. Tapi apa aku kesah bayar je lah topup tu kalau agak-agak nak study malam or whatever. Tapi aku ni jenis tak kesah, agak2 dah kosong bayar je lah jangan nak kata aku guna sikit, kau guna banyak. Mana kau tau kau guna sikit ye x?! bak kata dekan, “time ni lah you all nak tunjuk leadership you all” waktu conference ber-ramai di auditorium uniten muadzam. Kitorang punya muka, tak yah cakap lah senyum pun tidak.
p/s: kepada student uniten, relax..jangan kecoh2..haha..

Saturday, May 7

Mama, Ibu, Mommy, Bonda, Amma, dan yang sewaktu dengan-nya

     Entry kali ni aku nak cerita pasal hari ibu. Aku tengok dalam facebook masing2 letak muka bonda ter-sayang masing2. Tapi aku tak der la letak muka mak aku en. Bukan itu ber-maksud aku tak sayang. 
Aku sayang ler, anak mana yang tak sayang mak. cer citer cer citer.
     Jadi korang readers aper citer? korang bagi apa dekat bonda2 korang? Kawan aku ada la arituh pergi kedai beli pembalut hadiah. Aku ni peneman la kira-nya. Mula-mula dia nak kirim je tapi tengok2 dia nak pergi beli sendiri jugak. Alasan dia, dia takot aku pilih pembalut hadiah yang comeyl2. Maksud-nya pembalut yang ada gamba cinderella, snow white, sleeping beauty, tweety dan macam2 lagi lah. Tapi memang betol pun aku kalau pilih pembalut kebanyakan-nya macam tu. Sebab kebanyakan-nya pembalut hadiah selalu orang amik yang gamba bunga, aku kureng siket dengan bunga-bunga ni. geli lah. Kawan aku panggil pembalut yang macam ni "pembalut matang"..matang la sangat. Sememang-nya aku bukan minah bunga.
     Aku bab2 hadiah ni kalau nak meng-hadiah-kan hadiah dekat orang, aku perlu kenal dulu orang tu macam mana. haa.. bukan apa, jadi kita tau la apa orang tu nak, apa orang tu suka.
    Contoh cam pasangan2 yang kat luar tu,tak pon korang sendiri , standard bagi hadiah perfume, gel rambut, satu set product dan lain2. Let say kau bagi awek tu perfume, awek tu ckp ape lak.?? kang awek tu pikir dia busuk lak. sama juga kalau si perempuan bagi dekat si lelaki. Tapi selalu lelaki ni senang. Diorang rembat je apa yang ada, asal-kan korang ingat hari jadi dia cukup. Tapi tu jenis lelaki yang not bad yang cool yang sederhana dan macam2 yang lagi lah. So, perfume out of the list la. Try bagi satu set penjagaan muka. Mau awek n balak korang 24/7 ngadap cermin je. diorang dok pikiak apa yang tak kena kat muka dorang sampai korang dok bagi satu set penjagaan. Tapi aku ni tak suka pikir cam dok jawab final exam. Aku suka simple je. At least, bawak gi kedai yang sederhana, jangan lah kedai mamak, kedai mamak aku pun tak pandang. ergh! Kalau nak cam tempat up sikit bawak jauh dari umah. Apa susah. Tapi papehal mintak kebenaran kat mak pasangan dan sewaktu dengan-nya. Seblom dorang hambat hampa sumer kuar naa!. haha..! Terus tak dapat anak dia. huhu.. Then belanja lah diorang makan. Nak lagi romantik, bawak pergi candle light dinner. Tak kesah laki or pompuan. Dua-dua pun boley buat jugak and agak sweet kalau laki tu yang bawak lah. huhu. 
    Berbalik kepada hari ibu, aku tengah tengok berita pasal pengorbanan si ibu tiri. Perrggh! kepada korang2 yang rasa korang banyak buat salah. g mintak maap cepat! hehe.  Tapi korang kena ingat jugak yang "Every day is mother's day" sebab hari-hari gelaran dia tu ibu. 

Friday, May 6

A lot of Option

Dalam dunia ni, kita ada banyak cara,jalan,highway, dan bermacam-macam lagi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mula menggunung setinggi gunung everest. Itu dah critical dah tuh.
Kalau problem korang setinggi gunung everest, rambut korang satu persatu mulai gugur, bulu-bulu korang mulai menggulung. Perrghh! gila sexy seyh! 
Tapi secara professional-nya sila-lah settle-kan masalah korang tu secepat yang mungkin. Bukan ape, tak nak korang tension macam yang aku tension sekarang ni.
Minggu depan due date assignment finance and so far 30% je yang siap. Itu pun tak ter-susun abis, still tonggang langgang lagi. Assignment business management dalam 60% and due date dia akhir bulan ni. Bukan apa group business aku bagus-bagus dan baik-baik belaka. Mereka ada sifat tanggungjawab and leadership skill yang sangat aku tabik. Dah sem 3 pun masih ber-semangat untuk assignment dan lain-lain. Tapi bagaimana pula orang yang tak buat apa-apa dari sem 1 sampai sem 3. Meter semangat dia tak naik-naik. LEMBAB! takpe orang macam tak kan lepas nya. lepas apa? Lu pikir lah sendiri!
Jadi pengajaran dia jangan pilih groupmate yang macam haram je, pilih yang macam aku ni. Aku rasa la dalam hal-hal kertas kerja ni, aku lagi prefer buat secara individu. Kira aku ni suka tengok usaha aku sendiri macam mana. Tapi bila dah di-beri group atau-pun lect. tu memang suruh buat secara ber-kumpulan kita nak buat macam mana ye tak. So aku mem-buat keputusan masuk je degree tak kisah lah kau tu kawan ke hantu ke minachi haprak ke. Asal kau rajin kerja aku pilih. Dan aku seboleh-boleh-nya nak serumah denngan orang yang aku tak kenal. Sebab susah kalau nak berubah secara seluruhnya dengan orang yang kita kenal ni.
Apa-apa pun aku nak re-rilek sebab sekarang uniten muadzam sedang blackout. errgh! panas gak aku ni kadang-kadang dengan uniten ni. Bukan apa sebab da la diorang buat electric topup pastu ley lak blackout tetiba. Dia orang ni tau tak yang aku nak buat assignment sekarang ni!! VAVI la!! bengke' je ni.
So, kepada reader's buat ape yang patut korang buat dalm dunia ni. Sekarang ni aku nak chow nak buat assignment yang melonggok bagai ni.. salam.. hope korang sehat sentiasa.

Cat's Legend

Malam yang sepi membuat-kan suasana seram sejuk jadi-nya.. burung pipit, merpati, layang-layang yang sedari tadi terbang di-angkasa kembali pulang ke sarang. Manakala burung hantu dan kelawar baru mem-buka mata dan terbang mencari rezeki. 

Suasana di dalam rumah pula senyap sepi seperti tiada orang. Aku yang sedari tadi sebok melayan anjanna anjanni, cerita hindustan yang boleh di-kategori-kan cerita sedih. praanngg! oh mak kau? ! pinggan dapur jatuh dengan tiba-tiba..  aku pun keluar per-lahan-lahan nak tengok betol ke pinggan yang jatuh. aku keluar then ter-nampak satu lembaga kecil ber-lari. muadzam ada toyol ker??? jeng. jeng.jeng. aku cepat-cepat bukak lampu.. click.! laaa kakak rupa-nya buat ter-kejut orang jer... meeoww meeooww balas kakak... ooo kucing rupa-nya..

Actually kitorang di-larang mem-bawa binatang perlihara masuk hostel.. Tapi ntah knapa kawan aku sekor sorang ni pergi beli kucing. Dia cakap murah sebab tu dia beli. Yelah kucing parsi selalu 1000+ tapi dia dapat 600 so murah dia terus beli siap sumer barang-barang dia. Syampoo, sangkar, pasir, makanan, semua lengkap dalam rumah ni. 

Cuma satu je yang belom lengkap. Iaitu nama. Mula-mula si eyka, member aku ni nak kasi bagi nama Angie. Tapi aku pikir-pikir buat pe letak nama omputih sedang-kan ia di-jaga oleh orang melayu. Aku tak nak nanti kucing ni bila besar dia mengamok dan lari dari rumah sebab konfius dengan asal usul dia. Kang dia mintak surat ber-anak dengan kad pengenalan dia sapa susah.? penjaga juga..

So, untuk tidak mengelirukan kucing tu.Mula-mula aku bagi nama Baby. Kawan aku pun suka. Sampai sekarang pun dia panggil kucing tu baby. Tapi lepas tu aku pikir-pikir buat per letak Baby..kang dia dah besar and ada baby baru kita nak panggil baby baru tu ape?..takkan babi kot..mane boley sebab dia kucing takkan nak letak nama binatang laen pulak..tak kena la.. Tak ley jadi kalau macam ni...
Aku pun pikir Ikhtiar laen..pikir punya pikir aku teringat dulu aku ada kucing..

Ada lah satu ari ni family aku pergi rumah saudara. dekat situ ada anak kucing yang putih tulus dan mulus.
Ada seekor je pun dekat situ. Jadi kesian punya pasal akak aku kata nak bawak balik.
Kitorang sumer panggil Baby tapi takde lah nama anak dia babi..
Biasa la kucing luar and baru lahir mem-buang di-merata tempat. Lagi satu bila keluar kotak macam orang asing jer. Punya la pengecut macam masuk dunia orang gergasi. Kaki ketak bagai.
Tapi bila da besar mula-la buat perangai. Orang tak bagi dia sebok nak kuar. Bila tak bagi mula menggesel-gesel. Tak payah gesel sangat lah. Ingat comey ka. Sampai musim mengawan..perrghh! tempat umum kau memancut en. Kuang ajaaaq! mak abah hang x ajaq hang ka. Haish! Anak dara memang dok rumah tau!
meeowww dia balas..citt! pastu nak tak nak..lepas kan lah satu ari..
pergghh! sembilan beberapa bulan pastu perut dah mula membesar.. mak aku marah dia..
"Anak sapa ni!!? cakap!!"
"Meeooww!" bermakna ada-lah
"Bila kau buat ni?!!"
"Meeooww!! Meeooww!!" = arituh..dia x salah..baby yang nak.
haaa..itu lah lama-lama keluar empat ekor anak...waktu tu tengah panas akademi fantasia bulan madu musim yang ada mawi tu.. kitorang pun bagi nama..mawi, marsha, felix cuma satu je yang laen blacky. Sebab sumer hitam. Adalah salah silah dia lebih kurang macam nih..

Seperti yang korang tengok di-atas..ni la anak pertama sampai ke-empat si Baby ni..
Tapi masing-masing perangai laen-laen and mem-punyai keistimewaan sendiri..

Blacky - pendiam and malas nak layan orang..maen pun bila di-ajak..
Felix - Nakal, Sombong, Bujet handsome.
Marsha - Gedik, bujet cun, suka tayang muka kat beranda.
Mawi - handsome, pendiam, matang,dengar kata.

aku x tipu weyh...memang betol..tapi masing-masing bila turun bawah..then kalau korang jerit nama jap g masing-masing ter-kedek-kedek balik rumah.. Tapi lepas Marsha ada anak mak aku buang kucing-kucing ni. Walaupun diorang pandai mem-buang dalam lobang jamban tapi mak aku cakap dah banyak so terpaksa buang.. aku pun tak tau apa nasib diorang ni..sob sob sob..

Berbalik pasal bagi nama kaat kucing kawan aku tuh.. lastly, aku panggil kakak.. Aku dengar macam sweet je..cuba bayang-kan dia da besar and kita panggil.. "akak.!! makanan da siap..cepat makan" 
tiba-tiba dia yang sedari tadi sedang enak menonton televisyen lari bagai hali-lintar dekat korang..hurmm.
sweet jer aku rase..

okay lah aku rasa dah lama aku depan lappy ni..

p/s: i need to do my assignment actually..daa..