Friday, May 20

22 days to go

Lokasi terkini MASIH berada di muadzam. Jarum jam menunjuk-kan pukul 4.26pm dimana aku baru lepas berus gigi dan cuci muka. What the heck! kau baru bangun Madiey! "Apa nak jadi dengan kau ni!!" itu-lah yang selalu mak aku cakap kalau aku bangun lambat. 

Sewaktu aku sebok mem-berus gigi mendapati bahawa Aidil Su (housemate) pergi ke Pantai Selamat (pasaraya tak berapa besar..not bad la), Eyka (roommate) balik kuantan, Hanis (housemate) entah kemana and Baby (pet in da house) berlari seperti orang sawan. Yes! Korang memang betol, aku kini ke-seorangan tapi ada se-ekoran but it's okay i love it. Hihi. Kejap lagi nak mandi, nak mandi dengan si Baby ni sekali. Huh! 

Korang mesti tertanya-tanya kenapa title entry kali ni "22 days to go". I'ts a holiday countdown. yes! yes! and yes! Tak sabar-nya Ya Allah. Tapi takut lah di-sebab-kan betapa aku excited result aku kuar nanti cam hampeh. Hope not. Aku tengok result mid-term semua still okay. So aku hope final aku okay. 

Bila aku fikir-fikir balik, bukan ke aku patut buat final countdown. Huihuihui. Tak kesah-lah macam mana sekali-pun excited dia aku still kena focus kan? Apa pendapat korang? Haish!

Oh! plus aku nak story mory siket. Semalam ada sorang mamat ni dalam facebook. Kerja dia selama ni "poke" aku jer. Lately ni dia contact aku pakai IM CHAT yang kecik kat bawah tu. Dia tanya nak kenal boleh. Aku fikir dalam hati 'apa kena dengan mamat ni. kau dah friends ngan aku dalam fb ni lama. apa salah-nya tanya je terus. nama apa? umo bape? and etc.' Esok tu dia chat lagi. Dia mintak num phone. Ehh2 senang-nya hidup kau. Berborak pun tak pernah. So, aku kata tak boleh. Dia balas, saya ni nampak jahat ke? haaa? aku fikir 'Lagi kau jahat lagi aku suka'. Masalah-nya di-sebab-kan muka dia tu baik lah aku tak berani nak kawan dengan dia. huahuahua. 

Aku ada pengalaman, couple dengan orang baik ni selalu buat aku tension. Couple dengan orang jahat ni memang banyak kesabaran diperlukan. So, aku pilih untuk bersabar daripada tension. huh! Aku bukan apa, dah malas sangat nak layan. TAWAR HATI lah konon-nya. Tapi mungkin statement "Aku Tawar Hati" tu betul kot. Sebab memang aku tak rasa nak bercintan cintun ni. Aku more kepada minat jer. Nak rasa sayang tu dah takde. hurmm. Aku sayang kat family aku lah.

Then, malam semalam dak tu mintak nak jumpa. Jangan harap la. Zaman lama la budak ni. hihi. Honestly, dia memang bukan taste aku.
 Ada jugak kawan aku cakap "kau ni madiey..kau ni kena tukar taste la"
 "Apehal dengan taste aku...taste aku ni macam mana kau nampak"
 "kau banyak amik yang jahat sedangkan yang baik depan mata"
 "tu bukan jahat..tu naughty..hahaha"
 "kau suka sangat amik yang playboy..pastu bila putus buat bodo je..takde rasa nak marah ke apa"
 "biar je la..dah rasa marah ni tuju kat satu orang.. tak perlu nak marah semua"
 "hurm..sukati kau la, nasihat aku carik lah bf cepat2. sebab kau tu bila takde bf macam hape jer perangai"
 "ehh kau.. perangai apa pulak ni aku buat."
 "kau tu bila ade bf kurang sikit bercakap..bila takde..macam mulut murai ko tau"
 "bhahaha.. ade bf kurang bercakap..sakit mulut nama-nya..hahaha"
 "eeii kau ni..ada-ada je..bengong"
 "takde lah gurau jer"

Kepada mamat facebook. Aku tak percaya "cinta muka buku" ni. Terima kasih je lah. huhu. yang ak tau sekarang aku nak abis-kan foundy ni sebaik yang mungkin dan kita enjoyy!!!! (enjoy pejadah-nya..kerja)

No comments:

Post a Comment